Rabu, Ogos 31, 2011


Ya!!! Itulah yang cuba diketengahkan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat ni sebenarnya. Dia nak mengakui bahawa PAS memang ada persamaan dengan PKM.

Dalam usaha menegakkan benang basah yang dicetuskan oleh Si Mat Syabun baru - baru ini, Pak Berahim mempertikaikan mengenai sejarah Kemerdekaan Negara.

Dia dilihat sengaja mahu memutar belitkan fakta dengan menyatakan bahawa perjuangan komunis pada ketika itu adalah untuk menentang penjajahan British.

Kata Pak Berahim, apa yang dilakukan oleh PKM itu sama seperti apa yang dilakukan oleh pejuang - pejuang Anti Penjajahan dizaman dahulu.

Dia nak samakan apa yang dibuat oleh Komunis dengan perjuangan Tok Bahaman, Tok Janggut, Tok Gajah dan Mat Kilau.
“Mereka ini bangun mengajak rakyat menentang penjajahan British dan sejarah kini menganggap mereka hero dan pejuang,” kata beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Mungkin, Pak Berahim ni dah tersalah baca buku sejarah kot. Dia tak sedar apa yang dia cakap tu jelas berlainan dengan fakta sebenar.

Pejuang - pejuang seperti Tok Janggut, Tok Bahaman dan sebagainya tu adalah untuk kepentingan Agama, Bangsa dan Negara secara keseluruhan.

Manakala perjuangan PKM adalah kerana mereka tidak diiktiraf oleh pihak British dan tidak diberikan kuasa untuk mentadbir Negara.

Kewujudan mereka seolah - olah dinafikan oleh pihak British sewaktu tuntutan Kemerdekaan dibuat pada ketika itu. Mereka terasa perjuangan mereka dipinggirkan.

Maka sebab itulah puak - puak Komunis ni bangkit dan membantah perjanjian yang telah dibuat untuk membentuk Persekutuan Tanah Melayu.

Agendanya mudah. Mereka nak wujudkan 'social tension' diantara kaum didalam Negara agar perjanjian yang dimeterai itu GAGAL dilaksanakan.

Samalah dengan apa yang dibuat oleh DAPigs ketika tercetusnya tragedi 13 Mei. Tujuannya adalah untuk membatalkan perjanjian yang telah dibuat.

Jika benar PKM berjuang untuk rakyat, kenapa gerakan Gerilla mereka diteruskan sehingga lewat tahun 70an? Ianya berlarutan sehingga pertengahan tahun 1980an.

Bermakna, perjuangan PKM dan juga puak - puak Komunis adalah untuk kepentingan mereka sahaja demi mendapatkan kuasa pemerintahan di Tanah Melayu.

Dan faktor itu dilihat mempunyai persamaan dengan puak - puak Pakatan Pembangkang hari ini dimana mereka berjuang menuntut itu dan ini bukan kerana rakyat.

Tetapi sebaliknya untuk kepentingan Politik mereka sahaja. Jangan la Pak Berahim ingat rakyat Malaysia ni buta dan bodoh sampai tak nampak lansung agenda diorang tu.

Kalau ye pun nak menegakkan benang yang basah, cari la cara lain. Jangan sampai diperbodohkan diri sendiri dengan fakta yang songsang!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. ape le nak diherankan, kalu masih menyokong pas, juak2 ni memangnye bodoh.buta matahati dorang. pas tu sesat dan menyesatkan. macamana nak memimpin kalu dah sah sesat.

    BalasPadam
  2. hahahahah lawak lawak antarabangsa pagi merdeka ni memang best tambahan pulak yang menjadi 'inspirasi' dan 'pencetus idea bernas' dan gurunya adalah beruk MAt Sabun ni..Pak Berahim tu dah naik pangkat lagi jadi PENCACAI Mat Sabun plak. tu orang kata kalau dah ikut membuta tuli yang salah pun kata betul, ini lah jadinya.. dua2 keldai yang terjun lombong.. heheheh. HAMPEH!@.. memang betul kalau dah ada adea yang 'bernas' nak tukar balik sejarah boleh lah bermula di sekolah.. jadi mat sabu yang tak habis sekolah ni kenalah tubuh sekolah yang boleh mengikut 'idea genius' dia tu.. kalau dia boleh menang pilihan raya PRU13 nnt dan dapat ehsan sebab jadi BARUA puak DAPig bleh lah dia jadi Menteri Pelajaran yang boleh mengubal dan menguatkuasa Akta pelajaran baru dengan menambah subjek2 seperti psikologi pengampu, pembelit, bagaimana untuk lupa dlm masa seminggu, sejarah boleh diubah dengan membelit dan Spinning, selain subjek biologi dengan mengubah fakta mengatakan otak terletak kat salah satu lutut bukan kat kepala.hah! mesti gembira guling2 punya puak2 kafir kat dlm DAPig tu dengan keupayaan dan kepandaian menteri pelajaran baru ni!!!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping