Ahad, Ogos 14, 2011


Sememangnya, gelaran yang diberikan oleh Kak Wan Omega sebelum ini kepada suaminya memang kena pada tempatnya. Cuma nama gelaran tu je tak kena.

Daripada dia memberikan gelaran Anugerah Tuhan, adalah lebih baik dia bagi nama gelaran Anugerah Setan kerana itu lebih sesuai.

Si Ketua Penipu tu memang merupakan anugerah kepada seluruh rakyat Malaysia. Tanpa dia, rakyat tidak mampu untuk melihat betapa buruknya perangai Pakatan Pembangkang ni.

Sampaikan semua benda baik diburuk - burukkan dan benda yang buruk itu dijadikan satu benda yang suci. Malah agam juga sanggup mereka lacurkan demi kepentingan Politik.

Secara tidak lansung, Si Ketua Penipu tu dah berjaya mencipta rekod dunia iaitu menjadi pemimpin paling buruk perangainya di abad ini. Sebaris dengan Hitler.

Tak lupa jugak, dia menjadi pemimpin Pertama dalam dunia yang menipu bukan rakyat Negaranya sahaja. Tapi habis semua masyarakat dunia dia tipu. Hebat tak?

Dia jelas telah menipu rakyat dunia untuk merampas pemerintahan Putrajaya dengan agenda 16 September yang lalu. Sampai sekarang, dia tak mampu nak jawab isu tersebut.

Bukan itu sahaja rekod yang dipegang oleh Si Ketua Penipu ni. Dia jugak memegang rekod paling banyak menangguhkan kes perbicaraan. Sampai 60 kali dia tangguh.

Itu pun katanya, dia dan barisan peguam sedang dalam usaha untuk menagguhkan kes liwat yang dia lakukan terhadap pembantu khasnya, Mohd Saiful.

Dalam kes itu juga, Si Ketua Penipu itu turut mencipta beberapa rekod baru iaitu memanggil saksi yang tidak dapat membela dia dalam sesi pembelaan nanti.

Kali pertama perkara yang tidak masuk akal seumpama itu dilakukan dalam sejarah Kehakiman dunia. Dia cari saksi yang dapat mengukuhkan dakwaan, bukan untuk membela.

Selain itu, Si Ketua Penipu itu jugak turut mengumpul rekod paling ramai orang yang menawar diri untuk menjadi saksi bagi kes tersebut.

Mula - mula hari tu, setakat 5 orang je yang dah tawarkan diri untuk memberi keterangan didalam mahkamah. Sekarang dah naik jadi 12 orang. Pecah rekod dunia!!!

Memang gila la Si Ketua Penipu tu. Banyak betul rekod dunia yang dipecahkannya. Semua sebab dia nak sangat menegakkan Kebenaran. Maka Kebenaran itu kian terserlah.

Cuma tinggal lagi, dia tidak berada dalam kalangan orang yang benar. Sebaliknya, dia cukup takut dengan Kebenaran. 

Sebab itu la dia akan menolak tawaran yang diberikan oleh 12 orang tu nanti. Takut tembelang dia pecah dan diketahui umum. Tambahan, dia bukan ada telur nak sahut cabaran orang!!!

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping