Ahad, Ogos 14, 2011


Syukur, Alhamdulillah. Sejak akhir - akhir ni, sejuk jugak mata memandang kepada artis - artis Malaysia ni. Dah banyak yang berubah.

Mungkin inila tanda - tanda hidayah yang diberikan Allah S.W.T kepada mereka. Dengan adanya transformasi seumpama ini, mudah - mudahan, bertambah la rezeki diorang nanti.

Tapi, jangan pulak dengan adanya hidayah Allah ni, diorang merasa bangga diri dan bongkak. Mintak - mintak la diorang dijauhkan dari melakukan perkara tersebut.

Macam apa yang berlaku dengan Si Bob Lokman tu. Sepatutnya bila dah dapat hidayah Allah, dia perlu berjalan dengan lebih tunduk, bukan makin mendabik dada.

Macam la dia sorang je yang alim dalam dunia artis ni. Ingat! Hidayah Allah ni mampu diterima oleh sesiapa sahaja. Maka jangan la bongkak dengan pemberianNya!!!

TUTUR kata Irma Hasmie masih bernada yang sama. Ramah tidak berubah tetapi intonasinya merendah diri dan lembut menutur bait-bait kata.
Ketara berbeza adalah penampilannya yang kini mendapat perhatian dan pujian marhaen. Imej muslimah yang dibawa Irma ternyata memaut setiap pandangan. Dia akur bahawa transformasi itu tidak ditutur ramai tetapi khalayak sentiasa mahukan perubahan positif dalam atmosfera dunia hiburan.
Manis bertudung dengan gaya tersendiri, ucap Irma penuh syukur, perubahan imej dan persona ini membawa juga transformasi dalam pengaliran rezekinya.
“Syukur, makin murah rezeki. Perjalanan hidup saya makin tenang walau sibuk dengan kerjaya. Saya bersyukur walaupun kadangkala rasa penat tetapi rezeki saya makin murah. Saya hanya perlu korbankan masa,” ujar Irma yang tenang bersuara.
Terbaru, wanita muda berusia 29 tahun ini muncul dalam siri Kasih Alia terbitan JS Pictures yang kini ditayangkan di saluran TV3 pada setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 7 malam.
Membawa watak Qistina, Irma memerankan anak sulung yang paling rapat dengan ibunya. “Paling mendengar kata dan sesuai dengan imej diri saya yang bertudung kini,” ujar Irma tentang drama 26 episod tersebut.
“Saya berlakon bersama Sheila Rusly dan Fida dan siri ini menampilkan konflik keluarga tiri yang berlaku dalam masyarakat,” ujarnya yang seronok berlakon bersama pelakon-pelakon lain seperti Sharnaaz, Iqram Dinzly, Erry Putra dan Rafidah Ibrahim. - Sumber Kosmo
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping