Ahad, Ogos 14, 2011


Cis!!! Macam sial je perangai Si Khalid Gagap ni. Dia dah dapat laporan, tapi sengaja je tak nak dedahkan kepada umum.

Kalau ikutkan laporan dalam akhbar Minggun Malaysia hari ini, pihak JAIS telah selesai membuat laporan awal dan telah diserahkan kepada Menteri Besar Badut tu.

Menurut sumber, laporan yang mengandungi maklumat mengenai pemeriksaan yang dilakukan JAIS telah diserahkan minggu lalu.

Kata sumbar itu, JAIS kini sedang melengkapkan siasatan berdasarkan pemeriksaan yang dilakukan dan akan menyerahkan kepada pihak berkenaan.
"Laporan yang dihantar ke Menteri Besar hanya laporan awal dan laporan lengkap sedang disiapkan. Selepas siap kita akan hantar laporan itu kepada pihak yang berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - Sumber Utusan
Itu kata sumber tersebut kepada pihak Utusan semalam. Namun, pendedahan yang dibuat oleh blog The Unspinner pulak agak berlainan.

Katanya, laporan lengkap sudah pun siap dan ianya sudah berada di dalam simpanan Si Khalid Gagap tu.

Jika benar laporan tersebut sudah berada didalam simpanan mereka, kenapa ianya tidak didedahkan kepada umum?

Rakyat perlu tahu perkara sebenar secepat mungkin dan adalah tidak wajar sekiranya Si Menteri Besar Badut tu menyimpan laporan tersebut.

Kenapa perlu tunggu selepas raya baru nak didedahkan mengenainya? Kenapa ianya perlu ditangguh - tangguh? Macam ada udang disebalik batu pulak.

DAP yang dalam keadaan terperangkap mahu kes gereja DUMC ini tidak dipanjangkan lagi. Kalau boleh terus didiamkan. 
Mereka berharap laporan JAIS hanya akan disiarkan kepada umum oleh MB pada bulan September atau lepas hari Raya ketika isu ini sudah sejuk. Dengan cukup masa, mereka sempat lembutkan laporan tersebut dan bersedia dengan spin yang lebih munasabah untuk orang awam terima. 
MB Khalid pun dalam keadaan serba salah dan akan terus berada di bawah tekanan jika terus disiarkan segera laporan JAIS ini. Dia berharap untuk umumkan dalam keadaan yang lebih reda dan cuba membeli masa. - The Unspinner
Laporan tersebut perlu didedahkan agar seluruh rakyat Malaysia tahu mengenai isu sebenar sama ada dakwaan yang dibuat sebelum ini benar atau tidak.

Keadaan pada ketika ini memerlukan penjelasan yang Benar dan bukan yang diputar belitkan oleh mereka demi kepentingan Politik sahaja.

Itu persoalan yang timbul dikalangan rakyat. Katanya Pakatan Pembangkang ni nak mendahulukan rakyat. Ke diorang setakat tahu bercakap je?

Kalau setakat bercakap je, baik tak payah. Suruh budak sekolah pun tahu bercakap. Tak payah susah - susah jadi pemimpin kalau takut nak dedahkan kebenaran. Baik jadi badut je, lagi bagus!!!
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping