"Cis!!! Rosak la rancangan aku!!!" |
Hati panas!!! Jiwa tak puas hati je Mamat ni bila baca laporan dibawah ni. Mana tidaknya, dia tau bercakap je. Tapi bila suruh buat, dia tak reti.
Yang dia tau, tabur janji kosong kepada anak - anak Peneroka sedangkan dalam masa yang sama, Felda tetap jugak menjaga kebajikan Peneroka. Itu pasal la dia jadi tak puas hati!!!
MARAN - Felda hari ini mengotakan janji dalam pemberian duit raya kepada peneroka seluruh negara termasuk 341 peneroka Felda Bukit Tajau yang menerima sumbangan berjumlah RM96,000.
Pengurus Felda Bukit Tajau, Abdul Karim Abdul Rahim berkata, peneroka yang bersama Felda menerima RM400 setiap seorang manakala RM200 bagi peneroka mengusahakan ladang secara sendiri.
Menurutnya, pemberian bersempena Aidilfitri itu bertujuan meringankan beban peneroka dalam penyediaan keperluan menyambut hari lebaran sekali gus membuktikan Felda tidak menghadapi masalah kewangan.
Majlis penyampaian sumbangan disempurnakan Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib.
:Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luit, Datuk Ahmad Munawar Abdul Jalil dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bukit Tajau, Nor Azhar Abd Latif.
Seorang peneroka, Ngah Debok, 90, berkata, duit raya yang diterima itu akan dimanfaatkan sebaik mungkin agar ia turut dinikmati bersama anak-anak dan cucu.
Menurutnya, perubahan dan kemakmuran yang dibuktikan Felda menunjukkan agensi itu memainkan peranan dalam menjaga kebajikan peneroka.
“Saya tidak bersetuju jika ada pihak mendakwa Felda sudah bankrap dan tidak mampu memperjuangkan nasib peneroka.
“Felda berjaya mengeluarkan peneroka dari kemiskinan dan terbukti pada hari ini, kebanyakan peneroka menikmati kehidupan lebih baik,” katanya. - Sinar Harian
Ps: Macam Semut biasa cakap la, puak - puak Pakatan Pembangkang ni menipu je taunya. Nak membela rakyat konon. Ceit!!! Pigidah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.