Selasa, Ogos 16, 2011


Wahh!!! Senang betul dia boleh lepas dari menerima hukuman kerana menabur fitnah ye? Semudah itu je pihak mahkamah menggugurkan kes tersebut?

Dah la dia terlepas begitu sahaja. Felda pulak kena bayar kos kepada Bekas Timbalan Menteri Tanah dan Koperasi ni.

Kes tersebut gugur hanya semata - mata kerana pihak Felda gagal membuktikan bahawa Tan Kee Kwong membuat kenyataan berbaur fitnah tersebut. Baca laporan dibawah:

KUALA LUMPUR 16 Ogos - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan syarikat pelaburannya gagal dalam saman fitnah RM200 juta terhadap bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Dr. Tan Kee Kwong.

Hakim Datin Zabariah Mohd. Yusof dalam keputusannya berkata, meskipun beliau mendapati perkataan tersebut berunsur fitnah dan ia merujuk kepada Felda selaku plaintif namun lembaga tersebut telah gagal membuktikan bahawa Kee Kwong telah menyebut perkataan fitnah itu serta bertanggungjawab ke atas penyiaran artikel tersebut dalam akhbar Suara Keadilan.

Menurut hakim, plaintif telah gagal memanggil Faizal Zakaria yang ketika itu wartawan akhbar Suara Keadilan untuk memberikan keterangan di mahkamah bagi mengesahkan bahawa Kee Kwong telah menyatakan perkataan fitnah ketika ditemubual. - Utusan
Kalau macam ni, senang sangat la nak buat fitnah lepas ni. Cakap je apa pun dalam surat khabar, boleh maki hamun orang ikut sesuka hati dan buat dakwaan yang bukan - bukan.

Bila ada orang saman kita dimahkamah, kita tak perlu takut. Cuma kita perlu pastikan wartawan yang buat laporan tu tak hadir ke mahkamah. Senang kan?

Timbul pulak pulak persoalan mengenai kes Ummi Hafilda ni yang mana dia telah memfailkan saman terhadap Baginda Minda yang membuat fitnah sebelum ini.

Ummi hari ini telah memfailkan saman tersebut berikutan penyiaran satu artikel yang dikeluarkan oleh Malaysiakini oleh bekas rakan perniagaannya.

Hari ini, Ummi telah memfailkan penghakiman ingkar terhadap Azman Abdullah kerana tidak hadir ke prosiding kes tersebut dimahkamah.

Maka, adakah Ummi jugak akan mengalami nasib yang sama dengan pihak Felda dalam kes dia ni nanti dimana mahkamah akan mengugurkan kes kerana gagal membuktikan perkara tersebut?

Walau apa pun keputusannya, pihak Mahkamah telah membuktikan bahawa sistem Kehakiman didalam Malaysia ni masih adil dan tak pilih bulu. 

Bukan seperti apa yang dinyatakan oleh puak - puak Pembangkang selama ini. Bila kena pada diorang, cakap mahkamah tak adil la, itu la, ini la. Tapi bila ianya menyebelahi diorang semuanya baik belaka. Macam sial!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping