Dasar tak sedar diri betul la Si Biawak sekor ni. Ada hati dia nak bermimpi untuk jadi Perdana Menteri? Dia ingat dia duduk kat Singapura ke?
Mungkin di Biawak ni duduk dalam buaian yang sama dengan Si Nurul Izzah tu kot. Itu yang seronok je diorang asyik berkhayal je kerjanya.
Jadi Ketua Menteri Pulau Pinang tu pun kira nasib baik je dah sebenarnya. Itu pun guna taktik kotor dengan cara menipu orang sana sini.
Tengok aje la apa yang jadi di Kampung Buah Pala dan beberapa kampung Melayu yang lain di Pulau Pinang tu.
Janji nak selesaikan masalah, tapi akhirnya dirobohkan jugak kampung mereka. Itu ke caranya nak jadi Perdana Menteri? Menipu orang tau la dia!!!
KUALA LUMPUR 15 Ogos - Kewujudan laman sosial Facebook bagi menyokong Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menjadi Perdana Menteri membuktikan ada pihak kini semakin berani membelakangi sensitiviti orang Melayu.
Ketua Penerangan, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, kewujudan laman sosial itu akan mencetuskan ketegangan kaum serta mengganggu-gugat kestabilan dan integriti kehidupan bermasyarakat di negara ini.
Katanya, perbuatan yang berbaur hasutan itu mungkin antara provokasi dan strategi terbaharu segelintir pihak untuk mewujudkan sentimen kebencian terhadap pemerintahan orang Melayu.
"Begitupun, orang Melayu selaku majoriti penduduk negara ini masih mahukan pemerintah Melayu, semua rakyat harus menerima hakikat ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau mengulas kewujudan laman Facebook berjudul 1M Malaysians Support Lim Guan Eng To Be Prime Minister of Malaysia yang menyasar sejuta rakyat negara ini menyokong Ketua Menteri itu sebagai Perdana Menteri.
Irmohizam berkata, sejarah telah membuktikan DAP menolak pemimpin Melayu Islam serta memperlekeh golongan tersebut.
Sementara itu, Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd.Hilmi Ismail berkata, laman sosial itu mungkin eksperimen pihak tertentu bagi menilai sokongan rakyat terutama orang Melayu terhadap Guan Eng dan pemimpin bukan Melayu lain.
"Ia sebagai medan penilaian, perancangan dan percaturan pembangkang bagi memancing generasi muda Melayu yang lemah jati diri, alpa dan buta sejarah untuk menyokong agenda mereka," tambahnya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.