Jumaat, Ogos 19, 2011


Hm....Siapa pulak yang dicari oleh Bonda Tun Dr. Siti Hasmah ni? Tiba - tiba je dia mencari orang, apa tujuan dia agaknya ye? Meh baca laporan ni sekejap.
KUALA LUMPUR 18 Ogos - Anugerah Wanita Tahunan Tun Dr. Siti Hasmah 2011 yang dianjurkan oleh Institut Pengurusan Wanita (WIM) sejak 2003, kini memulakan pencarian pemenang anugerah tersebut.
Pengerusi WIM, Puan Sri Siew Yong Gnanalingam berkata, sejak anugerah itu dilancarkan yang kini memasuki kali keempat, penganjur berpuas hati dengan sokongan daripada masyarakat.
"Anugerah ini adalah unik kerana kriteria bagi pencalonan berbeza daripada anugerah yang sedia ada.
"WIM mencari calon yang berasal daripada keluarga sederhana dan pernah merasai susah-payah bagi menempa nama dalam bidang yang diceburi," katanya pada majlis pelancaran WIM di sini, hari ini.
Gnanalingam berharap, calon yang bakal dinobatkan sebagai wanita WIM akan menjadi ikon untuk golongan wanita seluruh negara.
Beliau memberitahu, pemenang akan menerima sebuah trofi beserta wang tunai RM10,000 daripada WIM selain wang tunai RM20,000 daripada Etiqa Insurans dan Takaful untuk diserahkan kepada wanita kurang bernasib baik yang menjadi pilihan pemenang sendiri.
"Pemenang juga akan menerima satu set rantai mutiara bernilai RM15,000 tajaan Rafflesia Pearls selain kristal dan tembikar daripada Tiffany & Co bernilai RM15,000.
"Selain itu, beg tangan berjenama bernilai RM8,000 serta jam daripada Jaeger-le Coultre bernilai RM2,000,'' kata beliau.
Menurutnya, pemenang dan empat finalis terakhir akan menerima anugerah daripada Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali sendiri pada majlis yang bakal diadakan 21 November ini.
Panel juri bagi anugerah tersebut ialah Pengarah Institut Pengupayaan Wanita bagi Pergerakan Negara-negara Berkecuali NAM (NIEW), Tan Sri Rafiah Salim; Perunding WIM, Puan Sri T.D Ampikaipakan; Presiden Kechara Soup Kitchen, Datuk Ruby Khong dan Presiden Persatuan Penjagaan Kanak-Kanak dan Pendidikan Malaysia, Datin Radziah Mohd. Daud.
Pencalonan anugerah itu akan ditutup 30 September ini manakala borang pencalonan boleh diperoleh menerusi laman web www.wimnet.org.my atau terus menghubungi ibu pejabat WIM di talian 03-77250268.
Ooo...Ingatkan dia cari orang untuk apa la tadi. Rupanya dia nak cari orang untuk menerima anugerah atas nama dia.

Beria - ia dia cari orang untuk terima anugerah tu ye? Tak de la macam Kak Wan Omega kita tu. Dia tak payah susah - susah nak cari orang untuk diberikan Anugerah.

Dan anugerah dia bagi pulak bukan calang - calang. Anugerah Tuhan kepada manusia dan rakyat Malaysia kata dia. Tapi memang la Anugerah Tuhan pun.

Nak pula penerima Anugerah Tuhan tu adalah suami dia sendiri. Maka dapat la rakyat Malaysia ni tengok yang mana benar dan yang mana tipu.

Nak kata suami dia memperjuangkan Kebenaran, jauh sekali. Malah itu la yang paling suami dia takut, Kebenaran. 

Jadi sebab itu la rakyat selalu tengok suami dia menipu je kerjanya. Takut kebenaran tu akan terserlah di masa akan datang. Itu pasal la nama dia Ketua Penipu!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping