Jumaat, Ogos 19, 2011

“Jadi tak perlulah percaya dengan provokasi media Umno pada masa ini yang begitu agresif memainkan isu gereja dan murtad. Kenapa setelah puluhan ribu dilaporkan murtad sepanjang Umno/BN berkuasa baru sekarang tiba-tiba melenting?
“Saya masih ingat dulu saya telah berceramah tentang ada orang Melayu yang dikristiankan dan saya dedahkan ada paderi berbangsa Melayu, tapi selepas itu saya yang kena ISA.  
“Saya kalau nak beritahu, Umno kalau betul-betul nak jaga Islam mereka tak tukar cuti hari Jumaat kepada hari Ahad seperti yang berlaku di Johor dan Perlis,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Pilihan Raya PAS Pahang di Darul Amin, Sungai Gau di sini semalam.
Diatas adalah diantara petikan daripada ucapan yang disampaikan oleh Si Mat Sabun ni mengenai isu pemeriksaan JAIS terhadap sebuah Gereja di DUMC.

Apa yang jelas, kenyataan Timbalan Presiden PAS tu hanya menampakkan betapa ceteknya pemikiran seorang yang mengaku kata dia memperjuangkan Islam.

Jika betul la PAS konsisten dalam memperjuangkan isu murtad ni, kenapa ianya masih tidak dapat dikawal? Apa tindakan yang telah mereka lakukan untuk menanganinya?

Apa buktinya yang membuatkan PAS boleh mendabik dada dengan mengatakan mereka secara istiqomah menentang perkara tersebut?

Padahal, sekarang mereka lah penyokong kuat orang yang banyak memurtadkan umat Islam didalam Negara ini iaitu Si Ambiga tu. Adakah Si Mat Sabun tak sedar akan perkara ini?

Adakah Si Mat Sabun ni tak sedar, siapa yang mula - mula mempertikaikan tindakan JAIS yang membuat pemeriksaan itu terlebih dahulu? 

Bukan ke pemimpin mereka juga yang mula - mula mengecam tindakan tersebut sambil menyifatkan pendirian Exco Kerajaan Negeri sebagai pendirian peribadi?

Dia jugak yang menyatakan bahawa tindakan UMNO tidak membenarkan cuti hari Jumaat, tapi, kenapa dia tak desak Kerajaan Negeri Pakatan buat keputusan tersebut?

Suruh la Selangor, Kedah dan Pulau Pinang ambik cuti hari Jumat bagi menggantikan cuti hari Ahad. Macam mana? Dia berani tak nak desak mereka?

Mungkin Si Mat Sabun ni dah terlalu banyak makan Semut kot. Sebab itu la dia lupa semua benda  - benda tu.

Sama la macam kes dia nak saman Polis tu. Sampai hari ni, masih tak saman - saman jugak. Agaknya, dia lupa jugak la kot nak ambik tindakan tersebut. Macam sial!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping