Ohhh... Pandai jugak Si Wali Terompah ni buat lawak rupanya ye? Semut ingatkan dia pandai bagi 'fatwa' yang bukan - bukan je.
Rupanya, pandai jugak dia nak berjenaka dengan Si Ketua Penipu tu dengan membuat kenyataan bahawa tempat dia bakal diganti.
Disebabkan mereka dah tak percaya dengan tindak tanduk Si Ketua Penipu tu sebelum ini, maka ada rancangan nak melantik Tengku Razaleigh sebagai Ketua Pembangkang.
Bila rancangan sulit diorang tu bocor dan diketahui oleh Si Ketua Penipu tu sendiri, baru la Si Wali Terompah ni kata perkara itu sebagai satu jenaka.
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan dakwaan mengaitkannya dengan "perbincangan rahsia" untuk menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai lawak jenaka."Lawak jenaka! Itulah saja yang boleh saya sifatkan kepada khabar angin yang mengaitkan saya dengan perbincangan rahsia untuk melantik YBM Tengku Razaleigh sebagai ketua Pakatan Rakyat menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim."Saya nasihatkan, sempena bulan Ramadan ini, tulislah perkara-perkara yang betul dan benar. Ingatlah, apa yang ditulis dan diucap akan menjadi bahan untuk dihisab oleh Allah SWT di akhirat kelak," katanya melalui Facebook.
Nampak sangat la yang dia memang takut dengan Si Ketua Penipu tu. Malah dia lagi takut dengan Si Anugay tu dari dia takutkan Allah.
Semua benda yang tak betul dibuat oleh Si Ketua Penipu tu, semuanya dia akui, semuanya dia anggukkan saja. Walaupun benda tu bertentangan dengan hukum Islam.
Tapi sebab dendam punya pasal, tak pe. Tak salah, tak berdosa. Yang berdosanya semua UMNO/BN. Kalau dia buat, tak pe, tak de hal. Itu yang dia kata sebagai Islam tulen? Ceit!!! Pigidah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.