Isnin, Ogos 01, 2011


Fuh!!! Anjing baru puak - puak Pakatan Pembangkang yang sebelum ni kuat menyalak dalam Malaysiakini sudah melarikan diri.

Sekarang, tinggal la Malaysiakini terkontang kanting seorang diri sebab buat laporan yang tidak berdasarkan fakta dan pembuktian yang sah.
Mahkamah Tinggi Sivil, Kuala Lumpur pagi tadi telah dimaklumkan bahawa satu notis iklan surat khabar telah diterbitkan akhbar untuk mencari Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda atau peguamnya yang tidak pernah muncul di mahkamah sejak kes ini mula difailkan sekitar April 2011.
Iklan Surat Khabar itu diterbitkan di akhbar harian Metro bertarikh pada 16 Julai 2011 yang dibuat oleh Tetuan Sahrihan & Hamdan, peguam yang mewakili pihak Ummi Hafilda Ali.
“Notis dalam akhbar itu bermaksud Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda mempunyai tempoh 14 hari dari tarikh iklan itu untuk menjawab saman fitnah yang dikemukakan oleh pihak Ummi.
“Jika selepas tamat tempoh itu, Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda masih melarikan diri dan enggan bekerjasama, pihak Ummi mungkin akan memikirkan alternatif lain termasuk memohon penghakiman ingkar”, kata Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, peguam peribadi Ummi Hafilda yang dihubungi AIDCNews sekejap tadi.
Penghakiman ingkar adalah satu keputusan yang mengikat dan berpihak kepada plaintif (Ummi Hafilda) jika defendan (defenden pertama, Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda dan defenden kedua Mkini Dotcom Sdn Bhd) gagal mengambil sebarang tindakan terhadap saman atau tidak hadir di mahkamah.
Huh!!! Ini la sifat dan perangai puak - puak yang menjadi penyokong tegar Pakatan Pembangkang ni. Cakap orang je pandai.

Diorang tuduh orang tabur fitnah sana sini. Kalau diorang buat tak pe, tak salah, tak berdosa. Apa yang diorang buat semuanya benar belaka.

Kalau Si Baginda Minda tu rasa dia ada didalam kalangan orang yang Benar, kenapa dia lari? Kenapa dia tak hadir masa mahkamah panggil dia? Apa, takut ke?

Masa buat cerita hari tu, berani sangat. Pandai sangat tuduh orang itu ini. Sekarang, dia pulak yang bercawat ekor. Berani buat, berani tanggung la brader!!!

Ini semua hasil didikan daripada puak - puak Pakatan tu la. Maklum la, Penipu Rakyat. Apa lagi yang diorang tau buat!!!


Ps: Klik sini untuk laporan penuh.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping