Selasa, Ogos 09, 2011


Satu demi satu tembelang pecah, hingga menyebabkan ramai yang sedar, patutlah Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim minta semua pihak 'tutup mulut'.
Terbaru Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengesahkan khbar angin sebelum ini bahawa Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) Seksyen 13, Petaling Jaya itu 'gereja haram'.
Ini setelah pegawai MBPJ memaklumkan pihaknya hanya mendapat kelulusan untuk membina pusat komuniti dan bukannya sebuah gereja daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Menurut Penolong Pengarah Kawalan Bangunan MBPJ, Nurul’ Ain Abdul Rahman, berlaku salah guna permohonan yang diberikan oleh pihak pentandbiran apabila DUMC membina gereja ditempat yang tidak dibenarkan.
“Kalau ikut permohonan yang mereka (DUMC) minta kita, ialah pembinaan pusat komuniti bukan gereja. Di sini berlaku salah guna permohonan dan boleh dikenakan tindakan,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan pembinaan DUMC dibina secara haram dan tidak mendapat kelulusan daripada MBPJ.
Fungsi unit kawalan bangunan MBPJ bertindak mengawal semua jenis pembangunan dalam kawasan majlis tersebut, memproses permohonan kelulusan pelan bangunan baru, mengeluarkan sijil kelayakan menduduki (CF) serta boleh mengambil tindakan kawalan ke atas binaan bangunan yang dibuat tanpa kebenaran.
Rabu lalu, penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu DUMC selepas mendapat maklumat bahawa terdapat orang Islam turut menghadiri majlis di gereja berkenaan.
Ketika serbuan dilakukan kira-kira pukul 9 malam, kelihatan seseorang sedang berucap diselitkan perkataan al-Quran dan terdapat bukti kegiatan cubaan memurtadkan umat Islam
Berpandukan kepada siasatan awal mereka yang terbabit boleh didakwa mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.
Isu tersebut menjadi kecoh apabila Khalid Ibrahim campur tangan dan menggesa JAIS mengemukakan laporan penuh kepada kerajaan negeri berhubung serbuan yang dilakukan oleh pihak penguat kuasa jabatan agama itu.
Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan,12 individu beragama Islam yang hadir pada majlis Thanksgiving pada 3 Ogos lalu akan dikenakan waran kehadiran ekoran kegagalan mereka tampil membantu siasatan JAIS berkaitan kes berkenaan.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JAIS, Sharom Maarof, waran tersebut akan dikeluarkan dalam masa terdekat selepas pihaknya membuat permohonan daripada Mahkamah Syariah.
“Setakat ini, kita telah serahkan surat dan menelefon mereka supaya hadir dan beri keterangan kepada JAIS.
“Bagaimanapun sehingga kini tidak ada seorang pun daripada 12 individu tersebut hadir. Kami difahamkan mereka telah dinasihatkan oleh peguam masing-masing supaya tidak hadir memberi keterangan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan terkini siasatan terhadap 12 individu Islam yang hadir pada majlis makan malam di Gereja Methodist Damansara Utama minggu lalu.
Mengulas lanjut, Sharom berkata, pihaknya akan tetap memberikan masa kepada individu terbabit untuk hadir dan beri keterangan sebelum waran kehadiran daripada mahkamah dikeluarkan.
"Sepatutnya mereka hadir untuk beri keterangan bermula hari ini. Namun tidak ada seorang pun hadir ke JAIS," katanya. - Sumber AIDC

Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping