Isnin, Ogos 01, 2011


Ya!!! Alang - alang nak failkan notis agar siasatan dilakukan, keluarga Allahyarham Baharudin juga jangan lupa untuk ambik tindakan terhadap Si Bajingan ni.

Dia bukan sekadar berlakon dan berpura - pura mati. Tetapi dia juga turut mengaibkan Allahyarham yang dikatakan menipu sebelum pendedahan dibuat.

Dek kerana dia la, semua orang kata Allahyarham hanya berpura - pura mati. Padahal yang meninggal dunia orang lain. Dia hanya berlakon sahaja.

Jadi, memang sepatutnya Si Musibat sorang ni dikenakan tindakan yang sewajarnya. Jangan berat sebelah pulak, asyik nak menyalahkan pihak Polis je!!!
KUALA LUMPUR 1 Ogos – Isteri kepada Allahyarham Baharudin Ahmad, yang meninggal dunia ketika menyertai perhimpunan haram pada 9 Julai lepas, hari ini memfailkan notis usul di Mahkamah Tinggi di sini bagi memohon diadakan satu siasatan untuk mengetahui punca kematian suaminya.
Rosni Malan, 55, yang bekerja sebagai kerani memfailkan notis itu melalui peguamnya Patrick Dass dan Chan Chew Weng menerusi Tetuan Patrick Dass & Co di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.
Rosni selaku pemohon menamakan Ketua Polis Kuala Lumpur, Ketua Polis Negara, Majistret Kuala Lumpur dan Pendakwa Raya sebagai responden.
Dalam notis usul itu, Rosni memohon perintah supaya satu siasatan mengikut tatacara di dalam Kanun Prosedur Jenayah berkenaan kematian suaminya diadakan secepat mungkin bagi mengetahui punca kematian Allahyarham.
Dia juga memohon semua laporan serta dokumen-dokumen berkenaan bedah siasat yang dilakukan ke atas mayat Allahyarham Baharudin di Hospital Kuala Lumpur diserahkan kepada peguam dengan serta-merta.
Pemohon juga antara lain memohon semua laporan polis, penyata percakapan saksi-saksi serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan dengan kematian Baharudin turut diserahkan kepada peguam. – Bernama
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping