Khamis, Ogos 04, 2011


Alahai!!! Kesian Semut tengok laman portal yang Pro Pembangkang ni. Diorang dah terang - terang kantoi menipu semalam.

Tapi masih jugak tak nak mengaku. Diorang masih jugak nak menegakkan benang yang basah. Dah la menipu, dituduh pulak mencuri.

Bab mencuri tu bukan Semut yang tuduh ye. Tapi blogger puak - puak Pakatan sendiri yang nyatakan sedemikian.

Mereka sifatkan pendedahan Malaysiakini tu hanya sebagai satu kes 'kecurian' dimana info yang diambil adalah milik blogger 'Perisik Rakyat'.

Tak kira la dari mana pun diorang dapat info tu. Yang penting, diorang dah kantoi menipu. Dah tu, tak nak mengaku pulak. Memang sial la perangai diorang ni.

Macam dah tak de kerja lain yang nak dibuat agaknya. Asyik nak menipu rakyat je kerjanya. Benda lain tak tau buat. Itu je la kerja diorang pun!!!

KUALA LUMPUR 4 Ogos — Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) semalam menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa seorang rakyat asing bernama Mismah telah diberi taraf kewarganegaraan dalam tempoh empat jam setelah mendapat taraf Penduduk Tetap.

Ketua Pengarah JPN, Datin Jariah Mohd. Said dalam kenyataan di sini berkata, mengikut rekod, Mismah telah mendapat taraf Penduduk Tetap pada 17 Julai 1982 dan diluluskan taraf Kewarganegaraan Malaysia pada 31 Jan 2011.



Beliau berkata, kewarganegaraan Malaysia itu diberi di bawah Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan iaitu warga asing yang telah bermastautin tetap di Malaysia tidak kurang dari 12 tahun.

Jariah berkata, sejak 9 April 2009 hingga 1 Julai 2011, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah menimbang sebanyak 72,334 pemohonan taraf kewarganegaraan Malaysia, dan sebanyak 29,290 daripada jumlah itu telah diluluskan.



Angka itu merupakan sebahagian 219,000 permohonan yang telah berjaya diselesaikan kementerian itu.

Kes lain termasuk 31,449 permohonan untuk Penduduk Tetap, 108,906 permohonan Daftar Lewat Kelahiran dan 6,311 permohonan di bawah program My-Daftar. — Bernama
Ps: Sampai hari ni, rasanya dah banyak kali portal tu kantoi menyebarkan berita yang tidak betul. Tapi, bila pihak SKMM nak ambik tindakan? Takkan nak senyap je kot??
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping