Kepada korang semua yang dah bersahur pepagi ni, elok la jadikan laporan ni sebagai satu pedoman dan peringatan kepada kita semua.
Baru masuk dua hari puasa, dah ada yang buat kerja tak senonoh. Kalau budak - budak, tak pe la jugak. Ini dah tua bangka pun tak sedar diri lagi?
KUCHING, 3 Ogos — Kerajaan negeri bersedia untuk meminda Seksyen 14 Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah 2001 bagi mengenakan hukuman lebih berat kepada orang Islam yang ditangkap tidak berpuasa berikutan jumlah tangkapan yang meningkat setiap tahun.Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman berkata, kerajaan bersedia untuk mengkaji kemungkinan memperkenalkan hukuman khidmat masyarakat kepada pesalah atau meningkatkan lagi jumlah denda atau tempoh penjara.“Baru dua hari bulan Ramadan, sudah 25 orang ditangkap oleh Jabatan Agama Islam Sarawak. Angka ini amat menakutkan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan Tabung Baitulmal Sarawak bernilai RM51,286 kepada 35 orang penerima hari ini.Dipetik Bernama Online, Daud yang juga Pengerusi Lembaga Baitulmal dan Waqaf Sarawak berkata buat masa ini salah satu tindakan yang bakal diambil ialah dengan mendedahkan identiti pesalah di media massa selepas mereka disabitkan kesalahan, sebagai kaedah untuk mendidik pesalah berkenaan.Di bawah Seksyen 14, umat Islam yang disabitkan bagi kesalahan pertama boleh dikenakan denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-dua sekali dan jika disabitkan buat kali kedua boleh dikenakan denda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-dua sekali.
Baik la duit denda sebanyak RM2000 tu digunakan untuk bagi sedekah kat anak - anak yatim. Dapat jugak pahala dalam bulan puasa ni.
Diorang ni tak tau malu ke ek? Diorang tak sedar ke yang diorang tu sebenarnya cuba nak menipu tuhan dengan tidak berpuasa?
Kira nasib baik la pihak Kerajaan Sarawak ni nak siarkan nama diorang dalam media je. Diorang tak tau, yang tersiar sewaktu diakhirat nanti lagi besar azab seksanya.
Ini tak lain tak bukan mesti kerja puak - puak Pakatan Pembangkang. Maklum la, bagi diorang kan menipu tu satu ibadah. Lagi pun itu je la kerja diorang pun. Menipu je taunya!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.