Bagi laluan, bagi laluan. Korang apa hal datang mahkamah ni? Nak selesaikan kes? Kes apa? Nak tuntut Keadilan? Korang tak sedar ke yang korang tak layak?
Buat malu la sikit. Korang mana layak nak tuntut Keadilan ni. Yang layak tuntut Keadilan ni hanya Si Ketua Penipu ni je. Yang lain 'boo...layan'.
Tak kira sama ada kes korang sama atau tidak dengan kes Si Ketua Penipu ni. Hanya dia je yang boleh buat apa sahaja. Malah kes dia perlu diberi perhatian.
Kenapa? Sebab dia ikon Keadilan. Dia memperjuangkan Keadilan. Korang perjuangankan apa? Tak de apa. Jadi jangan sibuk - sibuk nak tuntut Keadilan.
Keadilan ni untuk rakyat, kata Si Ketua Penipu tu. Tapi, bila ada orang lain yang ditimpa perkara yang sama dengan dia, kenapa dia tak nak tolong?
Orang lain pun ada kes jugak di Mahkamah. Tapi kalau boleh, diorang nak kes tu selesai dengan cepat. Tapi dia?
Kalau boleh, biar la dipanjang - panjangkan. Baru la terasa habis guna duit rakyat. Baru la terasa mengabihkan duit cukai rakyat. Kalau tidak bila lagi ye tak.
Jadi, secara hakikatnya, buat letih je Bapak Si Saiful tu failkan tuntutan di Suhakam. Suhakam ni pun hanya untuk diorang je la. Bukan untuk orang lain!!!
KUALA LUMPUR 3 Ogos – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) diminta meneliti perkara yang boleh menyebabkan perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 8 Ogos depan ditangguhkan.Bapa mangsa, Azlan Mohd. Lazim berkata, beliau percaya anaknya, Mohd. Saiful Bukhari perlu mendapat hak untuk diadili dalam tempoh munasabah.“Saya percaya bahawa hak anak saya sebagai mangsa dan warganegara yang dilindungi haknya menurut Perlembagaan perlu mendapat hak untuk diadili aduannya,” katanya.Namun katanya, perbicaraan anaknya sehingga kini telah berlangsung selama tiga tahun akibat perkara yang mempunyai implikasi penangguhan.“Saya amat berbesar hati sekiranya pihak Suhakam dapat meneliti hal-hal keadaan dalam perkara-perkara yang mempunyai implikasi penangguhan bagi perbicaraan kes tersebut,” katanya dalam surat kepada Suhakam yang difaks kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.Pada 13 Julai lalu, Anwar diperintahkan memberi keterangan bela diri atas pertuduhan liwat mulai 8 hingga 26 Ogos ini setelah pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie atas pertuduhan tersebut.Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008 terhadap pertuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama – Utusan
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.