Fuh!!! Patut la muka ada banyak 'asam'. Marah betul dia nampak gayanya dengan tindakan Si Menteri Besar Badut yang tak masuk akal tu.
Mana tidak. Sebelum ni, Si Nurul Izzah ni kan kuat memperjuangkan Hak Kebebasan Bersuara dan Kebebasan Media di Malaysia ni.
Jadi, bila Khalid Gagap keluarkan arahan agar pihak media berhenti membuat laporan mengenai isu serbuan JAIS baru - baru ni, dah tentu la dia marah.
Rakyat perlu tahu apa puncanya dan mereka juga punya hak untuk tahu adakah tindakan tersebut wajar dilakukan?
Hak rakyat adalah untuk mengetahui cerita sebenar. Adakah benar dakwaan pihak JAIS bahawa ada agenda nak memurtadkan umat Islam dilakukan dalam isu tersebut?
Kenapa pulak Si Khalid Gagap ni nak halang pihak media daripada membuat laporan mengenai isu tersebut? Macam ada udang disebalik batu je.
Padahal, diorang jugak yang nak memperjuangkan perkara ni, sampai panggil wartawan luar Negara untuk membuat laporan. Sekarang nak sekat pulak?
Nampak sangat la diorang ni cakap memang tak serupa bikin. Cakap je pandai, tapi bila kena batang hidung sendiri, tau pulak nak sekat - sekat. Macam sial!!!
SHAH ALAM 7 Ogos – Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini meminta pihak media menghentikan perbincangan mengenai kontroversi serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) semasa Majlis Makan Malam Muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama pada malam Rabu lepas, sehinggalah laporan lengkap diberikan oleh jabatan itu.
Beliau berkata ini kerana soalan media kadang-kadang agak mengelirukan sehingga boleh menyebabkan timbulnya spekulasi berhubung perkara tersebut.
"Oleh sebab itu saya suruh ia tidak payah dibincangkan, kita hanya akan bincangkan selepas fakta yang lengkap sudah ada dan keputusan dah dapat dilakukan.
"Inilah yang akan menjadi kesibukan yang tidak akan dapat selesaikan masalah sebab fakta tidak ada dan yang ada hanyalah spekulasi,” katanya dalam sidang media selepas majlis penyampaian cek sumbangan berjumlah RM7,000 kepada 298 bekas peneroka bandar Kampung Rimba Jaya, Seksyen 16 di sini hari ini.
Abdul Khalid berkata isu yang penting ialah JAIS telah pergi ke gereja tersebut dan jabatan itu bersetuju untuk membuat laporan lengkap tentang apa yang dilakukan supaya ia dapat dibincangkan.
Justeru beliau menjangka JAIS akan mengambil masa yang panjang untuk menyediakan laporan yang lengkap dan teratur berhubung serbuan itu.
"Saya tidak menjangka laporan akan berlaku dalam dua tiga hari ini. Pada pandangan saya apapun pengumuman yang akan dibuat ialah selepas Hari Raya Aidilfitri,” katanya. - Bernama
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.