Selasa, Ogos 09, 2011


Dah terang lagi bersuluh. Itu satu kenyataan yang memang tak dapat nak dielakkan lagi. Kalau nak kira gagal, memang dah gagal dah.

Tapi nak buat macam mana ye tak. Dah nama pun Menteri Besar Badut. Jadi, kerja apa je yang dia boleh buat? Setakat bercakap je, boleh la. Bila suruh buat, haram dia reti.

Nak pulak dia datang dari Parti Kencing Rakyat yang semua benda nak dijadikan bahan Politik. Tak heran la kenapa DYMM Tuanku Sultan Selangor kena bagi amaran pada diorang.

Jadi sekarang, kita tengok la. Ada tak orang yang berani derhaka dengan titah Sultan lagi atau pun tidak. Lagi pun, puak - puak Pakatan Pembangkang ni bukan dengar kata. Semua pekak belaka!!!
KUALA SELANGOR 8 Ogos - Sultan Selangor, Sutan Sharafuddin Idris Shah melarang mana-mana pihak termasuk pentadbiran negeri menjemput ahli-ahli politik untuk mengadakan ceramah atau syarahan politik di dalam kawasan kampus Universiti Selangor (Unisel) berkuat kuasa serta-merta.
Baginda bertitah, larangan itu turut dikenakan ke atas mana-mana pihak luar yang tidak mempunyai kaitan dengan universiti itu bagi memastikan Unisel tidak dijadikan tempat berpolitik sehingga merosakkan peranan, imej serta reputasi pusat pengajian tinggi itu.
"Beta tidak berkenan ada orang-orang politik atau orang luar yang tidak ada kena-mengena dengan universiti ini dijemput untuk memberi ceramah atau syarahan politik di kawasan Universiti Selangor.
"Universiti Selangor adalah tempat belajar, berbincang dan mengembangkan idea mengenai ilmu, membuat uji kaji termasuk penyelidikan untuk menaikkan taraf pendidikan rakyat sekali gus memberi kemajuan dalam industri di negeri ini," titah baginda ketika merasmikan Masjid Universiti Selangor di kampus induk Unisel Bestari Jaya, di sini hari ini.
Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar dan pemangku Naib Canselor Unisel, Prof. Dr. Anuar Ahmad.
Sultan Selangor turut menitahkan semua profesor dan pensyarah supaya menumpukan sepenuhnya kepada tugas mereka untuk mengajar dan bukannya berpolitik di dalam kampus.
Titah baginda, tindakan mencampuradukkan politik kepartian di dalam pengajaran tidak seharusnya harus wujud di Unisel kerana ia hanya akan merugikan masa para pelajar memperolehi kejayaan untuk masa depan mereka.
"Amatlah merugikan sekiranya seseorang pelajar itu membuang masa berpolitik dan tidak menumpukan sepenuh perhatian terhadap akademik. Sesungguhnya masa itu adalah emas," titah baginda.
Baginda turut menyatakan tindakan mencampuradukkan politik dengan pelajaran akademik, ia berkemungkinan menyebabkan ada pihak-pihak tertentu khususnya ibu bapa yang tidak gemar akan keadaan sedemikian. - Sumber Utusan
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping