Apa nak pelik? Dah memang itu sifat semula jadi diorang. Diorang mana ada rasa malu dengan orang. Dengan diri sendiri pun diorang tak malu, nak buat macam mana?
Buat la apa pun. Jantan ke, China Doll ke, semua diorang sebat. Kalau kena tangkap khalwat pun, apa ada masalah? Kena tangkap khalwat je, bukan ada apa sangat pun.
Ini kan pulak nak menghormati hak orang lain. Lagi la diorang tak ambik kisah. Diorang lagi suka buat cara macam tu.
Buat tuduhan macam - macam. Buat dakwaan sesuka hati mak bapak diorang je. Bila dah kantoi, ada diorang nak mintak maaf? Jangan harap la!!!
Jadi, tak perlu la Mismah ni rasa sedih dan kecewa dengan Pakatan Pembangkang ni. Dah memang dasar diorang macam tu. Dalam seminit kalau tak menipu, bukan Pakatan Pembangkang la namanya!!!
KUALA LUMPUR 13 Ogos - Mismah Naim yang menimbulkan kontroversi apabila didakwa memperoleh kerakyatan Malaysia dalam tempoh empat jam selepas mendapat status penduduk tetap hari ini menyuarakan rasa kesal kerana pihak pembangkang tidak berusaha mencari kebenaran sebelum membuat tuduhan.
Ibu empat anak berusia 47 tahun itu berkata, dia berasa sedih dengan tindakan pembangkang tersebut dan pada masa sama terkilan kerana hanya namanya yang dibangkitkan oleh pembangkang walhal ramai lagi yang dikaitkan dengan isu berkenaan.
Menurut Mismah, dia lebih selesa mengambil pendekatan untuk tidak melayan atau mempedulikan tuduhan berkenaan setelah dimaklumkan mengenai kontroversi tersebut kerana mendakwa, dia sangat faham dengan sikap pembangkang di negara ini.
"Saya dan suami, Mawasi Mawardi, 51, telah dua kali berurusan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sejak 29 tahun tinggal di sini namun hanya saya diberikan status warganegara.
"Malah, kami langsung tidak mendapat bantuan mana-mana pihak termasuk UMNO dan kami telah melalui proses yang agak sukar sama seperti yang dilalui oleh penduduk tetap lain yang mahu memohon status warganegara," katanya.
Mismah berkata demikian pada sidang akhbar selepas menerima kunjungan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar di kediamannya di Desa Coafields, dekat sini hari ini.
Sementara itu, anak sulung Mismah, Shuhaifah Mawasi, 28, berkata, dia kecewa kerana usaha ibunya selama 29 tahun untuk menjadi warganegara Malaysia dijadikan isu politik oleh pembangkang.
Katanya, dia turut mengambil pendekatan tidak mahu ambil kisah apabila isu mengenai ibunya itu dijadikan modal politik pembangkang kerana tahu ibu dan bapanya tidak pernah menggunakan cara mudah termasuk mendapatkan bantuan UMNO bagi mendapatkan status berkenaan.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.