Selasa, Ogos 30, 2011



REAKSI Mat Syabun bahawa dia tak ingat apa yang diucapkan ketika berceramah di Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu adalah sesuatu yang melucukan.

Mungkin Mat Sabun selalu tak ingat atau sengaja buat tak ingat kalau sesuatu peristiwa itu mempunyai angka 21. 

Sekadar ingatan, Mat Sabun pernah didakwa berkhalwat dalam bilik 121 di Hotel Perdana, Kota Bharu suatu ketika dulu tetapi dibebaskan mahkamah atas alasan teknikal.

Apa pun sesuatu yang malang bagi Pas kerana telah memilih Mat Sabun ni menjadi Timbalan Presiden mereka yang mudah lupa.

Macam mana dia yang dilihat jauh lebih hebat daripada ulama sehingga mampu menewaskan dua calon golongan berkenaan boleh tidak ingat apa yang dia sendiri lafazkan?

Jelas, jawapan Mat Sabun itu adalah helah politik memandangkan isu dia menyokong  komunis telah mendapat kecaman ramai.

Ianya membuktikan bahawa selama ini apa pun yang Mat Sabun cakap bukanlah satu fakta tetapi sebenarnya sekadar rekaan, tohmahan dan fitnah.

Kalau benar, Mat Sabu bercakap berdasarkan kepada fakta dan maklumat yang betul sudah pasti beliau akan ingat apa yang diucapkan.

Sebagai 'ayam sabung' PAS, Mat Sabun sememangnya digunakan oleh parti yang memperjuangkan negara berkebajikan itu untuk menyerang UMNO.

Oleh itu Mat Sabu diberi 'lesen' penuh untuk bercakap apa sahaja di atas pentas ceramah asalkan ia memaki hamun UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Pemimpin-pemimpin Pas lain tidak boleh berkata apa-apa termasuklah Dewan Ulama kerana Mat Sabun bukannya penceramah bebas parti itu tetapi Timbalan Presiden Pas.

Maka sebab itu PAS hanya mampu jadi Syaitan Bisu apabila Si Mat Sabun ni dengan jelas menghina anggota Keselamatan yang terkorban dalam tragedi Bukit Kepong.

Tambahan pula Mat Sabun telah dianggap oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai barisan pilihan raya - maknanya Mat Sabun juga harapan besar parti itu.

Sebab itu sampai hari ini, tak ada mana-mana pemimpin Pas yang berani hendak menegur Mat Sabun, apatah lagi kenyataan dia menguntungkan Pas.

Lagi pun Mat Sabun hanya membantu Pas untuk meraih undi daripada bukan Melayu, justeru kalau lepas ni Mat Sabu hendak bercakap apa pun terserah kepada beliau, apabila ia mencetuskan kontroversi, Timbalan Presiden Pas itu boleh beri alasan, ''Saya tak ingat''!!!
Categories: ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping