Selasa, Ogos 30, 2011


Heran jugak bila baca tajuk dalam Utusan hari ni. Sejak bila pulak Si Mat Sabun tu jadi baju? Setahu Semut, dia manusia Penipu. Jadi memang dah sah la dia tak boleh pakai.

Apa yang dicakapkan dek Mat Sabun ni pun, semuanya memang tak masuk akal. Sebab dia sendiri pun selalu lupa apa yang dia cakapkan.

Jadi macam mana orang nak percaya dengan apa yang dia cakap sedangkan dia asyik lupa memanjang? Itu yang nak dibanggakan sangat dek puak - puak Pakatan Pembangkang ni?

Dah kuat menipu. Cakap pun tak serupa bikin. Bila suruh buat, apa pun tak reti. Nak jadi pemimpin konon. Ceit!!! Pigidah!!!

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Tindakan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang cuba membohongi masyarakat tentang sejarah Bukit Kepong membuktikan beliau seorang pemimpin yang 'tidak boleh pakai'.
Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abdul Ghani berkata, tindakan Mohamad yang menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Keempat Parti Komunis Malaya (PKM) adalah hero sebenar dalam peristiwa itu dan bukannya anggota keselamatan serta ahli keluarga mereka adalah keterlaluan.
"Mat Sabu (Mohamad) masih lagi 'dijajah' ideologi komunis. Dia terlupa bahawa hero sebenar dalam tragedi tersebut adalah anggota keselamatan yang terbunuh mempertahankan negara kerana sayangkan keamanan dan tanah air.
"Agaknya, kalau tiada anggota keselamatan yang sanggup bertarung nyawa untuk mempertahankan negara daripada PKM, mungkin Malaysia kini dijajah oleh mereka," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Tambah Muhammad, Timbalan Presiden Pas itu seperti tidak bersyukur dengan keamanan yang dicapai negara hingga sanggup cuba memporak-perandakan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini.
"Dia (Mohamad) tidak menghayati perjuangan dan pengorbanan yang dilakukan pejuang negara yang sanggup berjihad mempertahankan keamanan dan kemakmuran negara.
"Saya sangat kesal dan dukacita dengan tindakan pengkhianat bangsa seperti Mat Sabu. Dia harus menarik balik kenyataan yang dikeluarkan sekali gus memohon maaf secara terbuka kepada semua waris mangsa yang terkorban dalam tragedi Bukit Kepong," katanya.
Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd. Ali Baharom pula mendesak supaya Mohamad tampil memberi penjelasan mengenai tujuan beliau mengeluarkan kenyataan biadab itu.
"Dia (Mohamad) harus bertanggungjawab atas apa yang telah dilakukan dan jangan cuba mengelak daripada memberi kenyataan maaf," katanya.
Dalam pada itu, Pengerusi Majlis Perundingan Melayu Malaysia (MPMM), Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar meminta Mat Sabu berhenti menjadi 'robot' DAP dan terus menghina jasa bakti para pejuang yang telah memerdekakan negara.
"Jika komunis berjaya menawan negara, Pas tidak akan wujud kerana komunis tidak benarkan warga dalam tanah jajahannya menganuti sebarang agama dan Mat Sabu tidak akan dipilih sebagai Timbalan Presiden Pas.
"Jangan sekali-kali menukarkan sejarah negara kerana ia adalah warisan nenek moyang kita. Jika cuba menukarkannya ditakuti pertumpahan darah akan berlaku dan jika itu berlaku Pas bertanggungjawab," ujarnya.
Beliau yang juga bekas Komander Rejimen Askar Wataniah berkata, jika betul-betul hendak menunjukkan kehandalan dalam bidang sejarah negara, Mohamad disaran berdebat di hadapan 200,000 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk yang berjuang dalam zaman komunis dan juga yang telah bersara.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. HANTAR SAJA MAT SABUN TU KE REPUBLIK RAKYAT CINA DI KAWASAN MINORITI ISLAM BIAR DIA NIKMATI KEBAIKAN KOMUNIS KEPADA UMAT ISLAM DI SANA, MUNGKIN DIA AKAN FAHAM DAN AKAN MENJALANKAN DASAR KOMUNIS YANG MURNI KEPADA UMAT ISLAM DI SANA SELEPAS NEGARA KOMUNIS ITU MELANTIK DIA MENJADI JENERAL BAGI MELAKSANAKAN DASAR KOMUNIS YANG MURNI ITU. TAKE KE BEER PAS TAKE KE BEER.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping