Selasa, Ogos 02, 2011

"Ish!!! Anak Aku Dok Mintak Baju Raya Ni, Mana Aku Nak Cekau Duit???"
Sedang orang lain bersuka ria menyambut kedatangan Syawal yang bakal menjelang nanti, Si Mazlan Aliman ni semestinya akan terkilan. 

Apa yang dia mampu buat hanyalah menelan air lir je bila dia balik kampung untuk meraikan hari lebaran itu nanti.

Mana tidaknya. Semua jiran tetangga termasuk adik beradik dia seronok dapat pakaian dan perhiasan rumah yang baru. Dia tak dapat apa - apa.

Yang dia dapat hanya lah sumpah seranah dek seluruh warga Felda yang selama ni asyik mengikut telunjuk dia je. Disebabkan dia la, diorang tak dapat duit raya.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ha i ini mengumumkan kesemua 112,635 peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan menerima wang Hari Raya membabitkan peruntukan berjumlah RM42.6 juta.
Beliau berkata pemberian itu adalah sebagai menghargai sumbangan peneroka kepada pembangunan Felda di samping membantu perbelanjaan persiapan menjelang Hari Lebaran.
Dalam satu kenyataan hari ini, Najib berkata kaedah pemberian wang Hari Raya kepada kesemua peneroka adalah sama dengan tahun lalu dan kadar bayaran terbahagi kepada dua kategori iaitu peneroka bersama Felda dan peneroka yang tidak bersama Felda.
“Seramai 100,357 peneroka atau 89.1 peratus yang bersama Felda akan menerima RM400 seorang dan ini melibatkan peruntukan berjumlah RM40.14 juta. Seramai 12,278 atau 10.9 peratus peneroka yang tidak bersama Felda pula menerima RM200 tiap seorang melibatkan peruntukan berjumlah RM2.46 juta,” katanya.
Pemberian wang Hari Raya kepada peneroka dilaksanakan sejak 2003.
Tapi kalau kita fikirkan, dari mana datangnya duit peruntukan sebanyak itu untuk diagihkan kepada semua Peneroka Felda ni?

Duit tu semua turun dari langit ke? Cuba korang suruh Si Mazlan Aliman ni jelaskan, dari mana datangnya duit ni kalau bukan dari Felda Plantation.

Jadi, sekiranya Felda Plantation ni diagih - agihkan nanti, tak merasa la Peneroka - Peneroka Felda tu semua duit raya untuk mereka bagi kepada anak cucu mereka nanti.

Maka jadi la diorang seperti Mazlan Aliman tahun ni. Dah la kerja malas, lepas tu menyusahkan orang lain. Dasar manusia tak sedar diri!!! Ceit!!! Pigidah!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping