Sabtu, Ogos 20, 2011


Memang itulah yang diharap - harapkan sangat oleh penduduk - penduduk disekitar kawasan Lembah Pantai ni sebenarnya.

Diorang nak sangat tengok Ahli Parlimen diorang turun padang dan bertemu muka dengan mereka. Bukan diorang nak sangat sumbangan diberikan.

Cukup la sekadar dia mengambil tahu tentang perkembangan rakyat didalam kawasan dia sendiri. Itu sahaja yang diorang nak.

Tapi, apakan daya. Lain yang diorang mintak, lain pulak yang datang. Bukan itu yang dilakukan oleh Si Nurul Izzah ni. Jangan kata nak bagi sumbangan, nak tengok bayang pun susah.

Nampak gayanya, makin bertambah 'menyirap' la darah Si Nurul Izzah dengan Datuk Raja Nong Chik lepas ni kerana telah membuatkan dia nampak tak berguna kepada rakyat.

Itu la. Orang suruh duduk kat rumah jaga suami, dia degil. Nak jugak sibuk - sibuk jadi Ahli Parlimen. Tapi buat kerja tak reti. Yang dia taunya, menipu tu je la. Macam Papa dia jugak!!!


Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada warga emas pada Program Nur Ramadan dan majlis berbuka puasa di Kondo Rakyat, Desa Pantai, Kuala Lumpur kelmarin. - UTUSAN/Abdul Razak Latif
KUALA LUMPUR 19 Ogos - Sebanyak 3,000 sumbangan sempena Hari Raya Aidilfitri akan disampaikan kepada penduduk di Lembah Pantai melalui Program Nur Ramadan sepanjang bulan puasa ini.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, program tajaan pihak swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu menumpukan kepada orang kurang upaya, ibu tunggal, warga emas dan anak yatim.

"Sumbangan ini merupakan satu teladan yang baik dari persatuan-persatuan dan juga sektor swasta dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik tanpa mengira kaum," katanya.

Beliau berkata demikian semasa Program Nur Ramadan dan majlis berbuka puasa di Kondo Rakyat, Desa Pantai, di sini, semalam.

Turut hadir, Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Noorul Hassan Saul Hameed.

Pada program yang ditaja oleh Presma itu, sebanyak 500 golongan kurang bernasib baik menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM100 manakala 2,000 orang lagi diraikan dengan majlis berbuka puasa.

Menurut Raja Nong Chik, program yang diadakan itu merupakan siri pertama daripada lima program sumbangan yang akan diadakan di sekitar Lembah Pantai.

"Selepas ini program ini akan diadakan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, Apartmen Abdullah Hukum, Apartmen Putra Ria dan kemuncaknya pada 21 Ogos di Pusat Komuniti Lembah Pantai," jelasnya.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping