"I Support 1Malaysia, You Know???" |
Terdapat kontradiski berkenaan kenyataan Ambiga tentang rekod derma dan dana. Dalam wawancara dengan portal itu Ambiga mendakwa rekod derma dan dana disimpan di pejabat Empower, tetapi dalam laman web rasmi BERSIH 2.0, saluran derma kepada Aliran, Account No: 507 246 118 995, Malayan Banking Berhad, Branch: Green Lane, Penang, Malaysia.
Untuk pendedahan selanjutnya, sila klik pada link dibawah nanti.
Jika sumbangan dimasukkan ke dalam akuan sepatutnya tidak menjadi masalah kepada Ambiga untuk dedahkan kerana pejabat Aliran di Pulau Pinang tidak digeledah polis dan penyata kewangan derma 2.0 masih selamat di bawah jagaan Maybank.Ataupun, BERSIH. 20 mempunyai dua akaun, satu melalui NGO Aliran di Pulau Pinang dan satu lagi melalui NGO Empower di Petaling Jaya yang tidak dimasukkan ke dalam bank ?Menurut Ambiga, “Sesetengah wang itu juga digunakan bagi membayar gaji kakitangan Empower, sebuah NGO yang bertindak sebagai sekretariat BERSIH 2.0, serta elaun bagi sukarelawan lain”.Mengenai dakwaan dana asing, Ambiga mengakui kedua-dua organisasi asing itu, iaitu National Democratic Institute (NDI) dan Open Society Institute (OSI) memberikan bantuan kewangan kepada BERSIH 2.0 tetapi bukan untuk perhimpunan sebaliknya untuk projek masa depan yang berkaitan dengan persempadanan semula pilihanraya di Malaysia.
Ini la yang orang kata, bila dah terlajak kata, memang susah nak undur balik. Selama hari ni, dia beria - ia sangat mintak orang jelaskan itu dan ini secara terbuka.
Kali ni, bila dah kena pada batang hidung dia sendiri, banyak pulak alasan yang dia bagi. Kenapa dia tak nak jelaskan mengenai dana tersebut kepada umum?
Yang paling heran sekali ialah mengenai pengakuan dia menerima dana asing yang disebutkan dalam temubual sebelum ini.
Kata dia, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil ni memang dapat bantuan dan dana dari pihak asing, cuma dana tu tak digunakan lagi setakat hari ini.
Ada tiga persoalan yang timbul dalam pengakuan tersebut. Yang pertama, apa sebab pihak asing tu nak bagi bantuan kepada mereka? Takkan la diorang nak bagi saja - saja je kot.
Mesti ada kepentingan tersendiri yang tersirat disebalik pemberian dana tersebut. Kalau tidak, apa sebab diorang nak bagi ye tak?
Kedua, berapa banyak jumlah dana yang diberikan oleh pihak asing tu kepada Bersih 2.0 untuk menimbulkan huru - hara didalam Negara?
Perkara itu perlu didedahkan kepada umum kerana rakyat juga perlu tahu mengenainya. Jangan bagi la alasan yang bukan - bukan kata diorang tak tau pulak.
Dan yang ketiga, kenapa dana tersebut tidak digunakan lagi? Apa sebab diorang masih simpan dana tersebut? Untuk kegunaan apa dana tu sebenarnya?
Ini diantara persoalan - persoalan yang timbul berikutan pendedahan Si Ambiga tu sendiri. Dia sepatutnya menjelaskan kepada umum mengenai perkara ini.
Sebab dia pun menuntut benda yang sama daripada pihak Kerajaan agar telus dan jujur dalam menjalankan proses Pilihan Raya.
Jangan setakat tau nak mintak orang je berlaku jujur. Dia pun kena la jujur jugak. Jangan tau berat sebelah menuduh orang itu dan ini je!!!
Ps: Pendedahan Selanjutnya, klik kat sini.
Kalau dah terima dana dari luar negara untuk kegiatan anti kerajaan, itu apa maknanya ??????
BalasPadamBukankah itu bersekongkol namanya , untuk merampas kuasa???
Jadi apakah hukumannya untuk pengkhianat negara?
GANTUNG SAMPAI MATI .........
Kita bakor!!!
BalasPadam