Patut la muka dia macam tak senang duduk je. Dengar berita ni, mau tak tidur malam la Si Nurul Izzah ni gamaknya. Nak pulak bila ianya melibatkan Papanya sendiri.
Mungkin, pada ketika ini, Si Nurul Izzah tu pun berada di celah ketiak Papa kesayangnya yang kini memang dah selamat dari sebarang 'konspirasi' dan 'fitnah jahat'.
Tapi bukan salah orang lain. Papa dia jugak yang tak reti nak tegakkan Kebenaran. Jadi, tak payah la dia susah - susah nak menundingkan jari kepada orang lain.
Sebaliknya dia perlu menyalahkan Papa dia sendiri kerana bersikap pengecut dalam menegakkan perkara yang Benar. Sekarang, Baru Padan Dengan Muka dia!!!
Satu memorandum akan dihantar esok, Khamis, 4 Ogos, jam 11 pagi di Pintu Masuk Utama Istana Negara bagi memohon perkenan Yang Dipertuan Agong menubuhkan Suruhanjaya Mengenalpasti Lelaki Dalam Video Seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Memorandum itu akan dihantar oleh sebuah NGO yang dinamakan Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (MAGARAN).
“Akta 1950 perkara D membenarkan penubuhan Suruhajaya Diraja sepertimana penubuhan Suruhanjaya Diraja Mengenalpasti indentiti wanita dalam Ketuk Ketampi sebelum ini”, kata Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, Penasihat Undang-undang MAGARAN.
Menurut Khairul Azam yang juga peguam peribadi Ummi Hafilda kes video seks perlu diselesaikan segera terutama mengenal pasti identiti lelaki yang melakukan hubungan seks dengan seorang pelacur wanita.
“Orang awam perlu tahu kerana kes ini melibatkan seorang tokoh Ketua Pembangkang yang bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia”, katanya dalam SMS kepada AIDCNews.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.