Sabtu, Ogos 06, 2011


Si Ketua Penipu ni tak kira tempat dah sekarang ni. Sama ada dalam Negara atau di luar Negara, sama je dia balun.

Kalau balun benda yang betul tak pe la jugak. Ini tidak. Semuanya fitnah belaka. Hanya sekadar nak memburuk - burukkan Negara je.

Bukan dia nak bantu membangunkan Negara. Nak menjahanamkan Negara ada la. Tu semua dia buat bukan sebab apa. Hanya sebab dia berdendam dengan pihak Kerajaan.

Bagi dia, semua yang pihak Kerajaan buat hari ni, semua tak betul. Semuanya salah belaka. Macam la dia sorang je yang bagus dalam dunia ni.

Dia tak sedar yang tindakan dia ni bukan setakat memburukkan imej Negara dalam masa terdekat ni saja. Malah ia akan berpanjangan.

Tapi, macam yang Semut jelaskan semalam, pihak Kerajaan masih jugak tak ambik tindakan terhadap Si Ketua Penipu ni.

Dia masih dibiarkan bermaharaja lela untuk terus memburuk - burukkan Negara. Itu pun dia nak kata pihak Kerajaan ni kejam dan tak berdemokrasi lagi? 

Memang jenis manusia yang tak sedar diri betul la dia ni. Penrangai macam musibat. Ada hati nak jadi pemimpin Negara konon. Ceit!!! Pigidah!!!
KUALA LUMPUR 5 Ogos - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi cuba memberi gambaran buruk tentang Malaysia di luar negara apabila membuat kenyataan kepada media di Filipina bahawa demokrasi di Malaysia semakin terhakis.
Kenyataan Anwar itu dilaporkan akhbar The Philippine Star hari ini ketika Ahli Parlimen Permatang Pauh itu melawat ibu pejabat akhbar itu di Manila.
Anwar berada di Filipina bagi menyampaikan satu syarahan mengenai pengaruh Dr. Jose Rizal dan Ninoy Aquino serta kepimpinan ASEAN di University of the Philippines di Diliman, Quezon City.
Menurut laporan akhbar yang disiarkan melalui blog http://anwaribrahimblog.com itu, Anwar berkata, beliau amat menghargai sokongan rakyat Filipina kerana terus menyokong perjuangan demokrasi di Malaysia.
"Terima kasih kerana menyokong kebebasan dan demokrasi, ia amat bermakna," kata Anwar kepada pengarang-pengarang dan kolumnis ketika melawat ibu pejabat akhbar itu.
Dalam kenyataannya kepada akhbar itu juga, Anwar berkata, demokrasi di Malaysia semakin terhakis dan rakyat negara ini tidak mendapat pilihan raya umum yang bebas selain media yang juga tidak bebas dalam melaporkan berita.
Anwar turut mendakwa kes liwat keduanya yang akan bermula semula pada Isnin ini berkemungkinan akan dilengah-lengahkan sehingga pilihan raya umum akan datang.
Beliau juga mendakwa pihak berkuasa Malaysia berkemungkinan akan melakukan penipuan bagi membolehkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kembali berkuasa selepas pilihan raya umum nanti.
Anwar berkata, pihaknya menerima laporan bahawa terdapat 200,000 warganegara Indonesia yang telah didaftarkan sebagai pengundi pada pilihan raya umum di Malaysia.

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping