Semut pinjam 'tagline' Kumpulan Jambu, finalis Maharaja Lawak ni yang memang tepat kena pada muka puak - puak Parti Angguk Saja tu.
Diorang ni kononnya bangga sangat nak jadi pejuang Islam. Tapi apa yang jelas, diorang bukan nak memperjuangkan Islam sangat pun.
Semuanya tu hanya cakap - cakap Politik diorang je untuk meraih sokongan bagi mendapatkan kuasa di Malaysia ni. Maka diorang mempergunakan agama sewenang - wenangnya.
Namun, sejak kebelakangan ni, nampak sangat yang diorang ni dah mula meninggalkan perjuangan Islam tu. Nak pulak selepas diorang menggugurkan perjuangan Negara Islam.
Selepas diorang tinggalkan perjuangan yang diwarisi sejak 54 tahun yang lalu, kini diorang beralih pula kepada memperjuangkan Gereja pulak.
Tapi itu pun tak mampu mereka lakukan. Bertambah malu, perjuangan mereka tu ditolak mentah - mentah oleh pihak Gereja DUMC hari ini.
Memang sah la Parti Angguk Saja ni tak laku dan tidak diterima oleh mana - mana pihak sekali pun. Jadi tak payah la diorang nak sibuk - sibuk medabik dada kata diorang lagi bagus dari orang lain!!!
Hari ini Setiausaha Agong PAS, Datuk Mustafa Ali memaklumkan bahawa pihak DUMC telah menghantar surat menangguhkan perjumpaan antara PAS dan DUMC yang sepatutnya berlaku pada jam 4 petang tadi.
Hari itu JAIS juga menolak permintaan PAS untuk bertemu dengan pihak JAIS. Nampaknya dalam hal ini PAS masih tak sedar diri agaknya. Semua pihak tolak dan mengelak dari bertemu dengan pemimpin PAS. Mungkin mereka angggap PAS hanyalah Pak Sibuk. Berjumpa dengan pemimpin PAS hanya membuang waktu sahaja. Bukan PAS boleh buat apa-apapun dengan isu ini.
PAS cuma ingin menyibuk nak menunjukkan bahawa mereka ambil berat kononnya. Kalau betul ambil berat kenapa sewaktu mula-mula kejadian dahulu membisu seribu bahasa. Baru sekarang nak sibuk-sibuk. Kalau betul ikhlas nak jumpa JAIS dan DUMC tak perlu buat press conference. Diam-diam pergi sahaja. Dah pergi, dah tau cerita baru bersuara. Ini belum apa-apa lagi dah canang seluruh negara. Akhirnya, semua pihak tolak.
Ehh, PAS ni tak tau malu ke? Fikir-fikir logik juga JAIS dan DUMC tolak. Macam mana PAS nak tolong selesaikan masalah dia orang, kalau masalah Hasan Ali dan Khalid Grejapun PAS tak boleh selesai. Anak sendiri masih bercakaran, ada hati nak bantu anak orang lain.
Sahhhh.....PAS memang sampai bila-bila akan syok sendiri!!! - Tenggara is Southeast
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.