Selasa, Ogos 16, 2011


Dah banyak blog yang bercerita mengenai tindakan seorang tukang kasut bernama Abdul Razak Endot yang mengambil tindakan terhadap Berita Harian hari ini.

Katanya, peserta perhimpunan Bersih 2.0 tu menghantar notis kepada Berita Harian menuntut ganti rugi sebanyak RM10juta.

Menurut notis tuntutan yang dibuat, pihak Berita Minggu dan NSTP sebagai penerbit dan pencetak dikehendaki mematuhi notis itu dalam tempoh 21 hari.
Menurut notis itu lagi, Berita Harian pada 10 Julai lalu didakwa membuat pernyataan berupa fitnah di muka depannya melalui foto dan kapsyen yang membawa makna Abdul Razak sebagai perusuh yang membawa pisau.
NONEAbdul Razak juga mendakwa foto itu dipinda dan/atau dikacauganggu dengan sengaja untuk memberikan gambaran dia memegang sebilah pisah dan kapsyennya pula merupakan fitnah.

"Pernyataan-pernyataan dan paparan imej/foto yang dipinda tersebut adalah palsu, tidak berasas dan merupakan fitnah jahat terhadap pelanggan kami dan dibuat dengan niat untuk memfitnah pelanggan kami dan merosokkan nama baik serta reputasi dan telah menyebabkan pelanggan kami dipandang rendah oleh masyarakat," notis itu dipetik.

Abdul Razak, 32, juga akan memulakan tindakan mahkamah tanpa sebarang makluman jika tuntutan itu tidak dipatuhi dan kos notis itu akan ditanggung oleh Berita Minggu. - MK
.
Fuh!!! Tak agak - agak Mamat ni ek. Kot ye pun nak cari duit raya, apsal mintak RM10 juta je? Alang - alang mintak la RM100juta terus. Baru puas hati.

Dia ingat senang - senang ke pihak Berita Harian dan NSTP tu nak ikut tuntutan yang dia kemukakan tu? Kalau kita tengok pun, dah boleh tahu yang kes tu takkan sangkut.

Macam mana nak sangkut kalau nama dia pun tidak dipaparkan dalam artikel tersebut? Jangan kata nama, muka dia pun tak nampak. 

Jadi macam mana dia nak kata laporan akhbar tu merujuk kepada dia sebenarnya? Ke dia je yang perasan laporan tu cerita pasal dia kot? Mana la tau. Nak ambik kesempatan.

Ini la caranya puak - puak Pakatan pembangkang tu mengajar pengikut - pengikut mereka. Buat kerja bukan - bukan, lepas tu saman. Senang hidup. Tak payah susah - susah berkerja mencari rezeki dan sebagainya. Menipu tu je dah cukup!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping