Itulah diantara spekulasi yang timbul berikutan perletakkan jawatan Naib Canselor Universiti Selangor (UniSel) yang berkuat kuasa semalam.
Ada orang kata ianya berkaitan dengan arahan yang diberikan kepada beliau untuk memecat 3 orang Pegawai tanpa melalui proses yang sewajarnya.
SHAH ALAM, 2 Ogos (Bernama) — Datuk Dr Rosti Saruwono mengambil keputusan meletakkan jawatan selaku Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) dengan notis 24 jam berkuatkuasa esok.Beliau mengesahkan peletakan jawatannya menerusi khidmat pesanan ringkas sebagai membalas SMS yang dihantar oleh Bernama bagi mendapatkan pengesahan berita tindakannya itu.“Ada keputusan yang saya tak sanggup laksanakan iaitu untuk melucutkan jawatan tiga pegawai Unisel tanpa proses sewajarnya,” katanya ketika menjelaskan antara punca beliau meletakkan jawatan.Berasal dari Klang, Selangor, Rosti pernah berkhidmat sebagai Timbalan Presiden Bahagian Pendidikan Petronas dan rektor pertama Universiti Teknologi Petronas (UTP) sebelum dilantik sebagai Naib Canselor Unisel pada 2 Mac, 2009.Beliau menggantikan Prof Datuk Dr Mohd Razali Agus yang mengosongkan jawatan itu pada Julai 2008.Semasa baru dilantik, Rosti berkata beliau tidak akan menjadi “Pak Turut” kepada mana-mana pihak dan ingin memastikan institusi pengajian tinggi swasta milik kerajaan negeri itu tidak dijadikan medan berpolitik.Menurut sumber, Rosti telah diarahkan oleh kepimpinan Unisel untuk melucutkan jawatan tiga pegawai — Pendaftar Rokmaa Mat, Dekan Fakulti Perniagaan Prof Dr Khalifah Othman dan Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat Halid Hasbullah.
Semut dapat tahu, pemecatan 3 orang pegawai tu KONONnya disebabkan kemerosotan dalam pendaftaran pelajar baru di UniSel sejak tahun 2009 yang lalu.
Dari sumber yang Semut dengar, UniSel telah menetapkan had kepada pelajar anak kelahiran Selangor sahaja yang layak untuk melanjutkan pelajaran disitu.
Dengan ketetapan baru itu la yang menyebabkan pendaftaran pelajar di UniSel semakin merosot. Tapi, pihak berwajib tak nak mengakuinya.
Maka, diorang salahkan 3 orang Pegawai tu yang KONONnya tak menjalankan tugas mereka. Macam kes Timbalan Pengerusi Yayasan Selangor hari tu la.
Dah terang - terang Pengerusi yang buat salah, tapi Timbalan yang kena. Maklum la, Pengerusinya Gagap. Jadi senang la nak pusing cerita. Macam la orang tak tau ye tak. Menipu tu je la kerja diorang pun!!! Macam sial!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.