Kecoh pasal si Mismah yang kononnya diberikan warganegara dalam masa 4 jam. Selepas dapat status warganegara, Mismah yang pada awalnya memilik IC Merah (PR) dikatakan sudah didaftarkan sebagai pengundi.
Malaysiakini menyebut Mismah merupakan pengundi berdaftar yang baru. Bermakna Malaysiakini menggambarkan bahawa Mismah telah pun bergelar pengundi yang sah!
Semakan saya mendapati status Mismah yang memiliki kad pengenalan bernombor 670704-71-5238 adalah 'PERMOHONAN YANG SEDANG DIPROSES".
Ini bermakna mengikut rekod SPR Mismah bukanlah pengundi berdaftar sebagaimana digambarkan oleh Malaysiakini.
Saya tidak berpuas hati di situ, saya membuat semakan kedua melalui SISTEM SEMAKAN PEMILIH BAGI ISI RUMAH.
Rekod Mismah yang dikatakan Malaysiakini telah berdaftar sebagai pemilih menunjukkan bahawa rekod berkenaan 'TIADA DALAM DAFTAR PEMILIH' .
Ini bermakna laporan Malaysiakini yang mengatakan bahawa individu bernama Mismah ini telah pun sah menjadi pengundi merupakan satu pembohongan jahat dan bersifat menyerang SPR bertujuan untuk menguatkan sokongan rakyat kepada kempen Bersih 2.0 yang digerakkan mereka.
Semakan pertama menunjukkan pendaftaran pemilih di bawah nama Mismah dikatakan 'DALAM PROSES' bagi saya tiada salahnya jika benar Mismah telah pun menerima status warganegara dan itu menjadi hak dia untuk berdaftar sebagai pemilih.
Cuma persoalan yang perlu dijawab oleh JPN adalah, benarkah Mismah menerima status warganegara dalam masa 4 jam sebagaimana dilaporkan oleh Malaysiakini.
Mengikut undang-undang biasanya proses memohon status kewarganegaraan biasanya memakan masa 6 bulan atau lebih. Malaysiakini kata Mismah pengundi berdaftar yang sah mengikut rekod SPR tidak benar!!
Selanjutnya, klik disini.
Ps: Kalau dah namanya portal Pro Pakatan Pembangkang, apa lagi yang diorang tau buat selain menipu??? Itu je la kerja diorang pun!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.