Halamak ai!!! Tak serik - serik ke diorang ni ek? Lepas satu, satu dakwaan dan tuduhan yang diorang buat berjaya dikantoikan.
Hari tu diorang dah kantoi pasal isu Kak Mismah yang dikatakan memiliki hak kewarganegaraan dalam tempoh 4 jam.
Padahal, dah bertahun - tahun Kak Mismah tu cuba untuk mendapatkan hak tersebut melalui saluran yang betul. Sampai hari ni, tak de pulak diorang tampil memohon maaf kepada Kak Mismah tu.
Alih - alih semalam, diorang sekali lagi berjaya dikantoikan oleh Makcik Bedah ni pulak. Makcik tu pun siap kesal lagi dengan tindakan puak - puak Pakatan Pembangkang ni.
“Ya Allah, sampai hati depa gunakan nama saya. Saya tuntut depa minta maaf kerana buat fitnah terhadap saya pada bulan Ramadan.”
Demikian luahan kekesalan seorang daripada dua Besah binti Mat (450713-09-5010) ketika ditemui di Taman Gasing, Jejawi Batas, di sini semalam dalam misi menjejak kebenaran susulan dakwaan Pemuda Pas bahawa berlaku penyelewengan data pilihan raya membabitkan tiga individu yang masing-masing didakwa memiliki dua kad pengenalan.
Sebelum ini melaporkan kecurigaan Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda Pas, Suhaiza Kaiat apabila mendapati dua individu bernama sama dengan nombor kad pengenalan yang hanya berlainan pada dua digit terakhir didaftarkan sebagai pengundi di tempat berbeza.
Masih tergamam apabila Sinar Harian memaklumkan nama dan maklumat peribadinya didedahkan dalam akhbar, Besah mengakui tidak menyangka dirinya didakwa mengundi dua kali di tempat berasingan.
Menurutnya, dia hanya mengundi di Alor Lanchang, di sini bersama suaminya, Meh @ Bahari Yaakob, 73, pada setiap pilihan raya dan tidak pernah menukar daerah mengundi.
“Saya berasal dari Bohor Mempelam, Arau sebelum berpindah ke Jejawi Alor Lanchang setelah berkahwin pada usia 16 tahun.
“Kami sekeluarga tidak pernah berpindah keluar dari kawasan Jejawi Batas dan sekiranya saya didakwa mengundi dua kali di kawasan lain, itu bohong,” katanya.
Apa lagi yang diorang nak cakap lepas ni? Giliran siapa pulak la agaknya yang akan menjadi mangsa diorang lepas ni ye?
Dah sah la diorang ni memang tak de kerja lain. Asyik nak menipu je kerjanya. Bukan nak menegakkan syiar Islam sangat pun!!!
Pembangkang yang dah tak ada kerja
BalasPadamBN sibuk membangunkan negara dan memakmurkan rakyat
Pembangkang sibuk meroyan, memfitnah dan merapu sepanjang tahun.
PAS dah jadi Parti Angau dan Sasau
Macam mana aku nak bagi amanah kat PAS untuk memerintah ??