Aik!!! Ni apa hal pulak ni? Tiba - tiba je dia nak mengaku dia bersalah ni kenapa pulak? Bukan ke hari tu dia 'baaaeeekk' punya dok sebar fitnah pasal Ummi ni?
Macam - macam dakwaan yang dibuat terhadap Ummi sampai sanggup mengaitkan diri sendiri ada hubungan sulit dengan Ummi sewaktu mereka jadi rakan perniagaan dulu.
Tapi bila Ummi failkan saman terhadap dia dimahkamah, kenapa dia nak mintak kes tersebut diketepikan pulak?
KUALA LUMPUR 19 Ogos – Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda hari ini memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi di sini untuk mengetepikan saman fitnah RM100 juta yang difailkan Ummi Hafilda Ali ke atas beliau.
Hakim Datuk V.T.Singham menetapkan 12 September ini untuk mendengar permohonan tersebut.
Baginda Minda yang juga rakan perniagaan Ummi Hafilda, hadir buat pertama kali di mahkamah selepas kes itu difailkan beberapa bulan lepas sehingga Ummi Hafilda selaku plaintif memfailkan permohonan untuk mendapatkan penghakiman ingkar terhadap Baginda pada 16 Ogos kerana defendan pertama tidak memfailkan memorandum kehadiran.
Sementara itu, hakim menetapkan tarikh yang sama untuk mendengar permohonan peguam Fahri Azad yang mewakili Malaysiakini Sdn. Bhd. sebagai defendan kedua supaya kes itu diselesaikan melalui proses mediasi.
Saksi utama kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahiim pada 1998 itu menyaman Baginda ekoran penyiaran artikel di portal berita Malaysiakini yang didakwa berunsur fitnah dan menjatuhkan maruahnya. - Utusan
Dia tak sedar ke yang tindakan dia tu hanya mengesahkan bahawa dia memang sengaja nak memburuk - burukkan Ummi dan dia memang bersalah?
Kalau dia Berani buat tuduhan tersebut, kenapa dia nak kes tu diketepikan? Tampil je la ke mahkamah dan buktikan yang dia berada dipihak yang benar.
Jangan la jadi macam Si Ketua Penipu tu. Kata semua tuduhan dan dakwaan yang dibuat terhadap dia semuanya fitnah dan konspirasi belaka.
Bila orang suruh dedahkan bukti, dia tak nak pulak. Macam - macam alasan yang dia bagi. DNA tak nak bagi, jam Omega tak nak tunjuk. Apa kejadahnya kalau macam tu?
Tapi, dia kata dia nak tegakkan Kebenaran. Dia nak orang percaya cakap dia. Kalau nak orang percaya, tunjukkan lah bukti yang dia ada. Jangan setakat tau bercakap je!!!
Kalau bercakap tu semua benda betul tak pe la jugak. Ini tidak. Asyik nak menipu je kerjanya. Itu je la yang dia tau buat!!! Memang sial!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.