Ya!!! Memang Semut sokong larangan menggunakan alat pembesar suara untuk membaca Al - Qur'an yang kini sedang hangat diperkatakan.
Sebab apa Semut sokong? Sebab ianya memang termaktub dalam Hadis dimana ianya dengan jelas melarang umat Islam membaca Al - Qur'an dengan kuat.
Tujuannya adalah bagi mengelakkan bacaan tersebut daripada menganggu amal ibadah mereka yang lain yang turut berada didalam Masjid.
Dari pemahaman Ahli Kitab, larang tersebut juga adalah untuk mengelakkan timbul rasa riak dan bangga diri si Pembaca Al - Qur'an tersebut.
Teringat pesanan Ustaz yang mengajar Semut mengenai bab Al - Qur'an. Bacaan Al - Qur'an ini tidak sepatutnya dibaca dengan kuat. Bukan Allah tak dengar apa yang kita bacakan.
TETAPI! Dalam isu di Pulau Pinang ini ada pengecualiannya. Dan perkara ini yang gagal difahami oleh sesetengah pihak apabila Mufti Perlis sokong perkara tersebut.
Dari apa yang Semut dapat lihat, isu di Pulau Pinang ini lebih bermotifkan Politik semata - mata kerana arahannya bukan datang dari Mufti sendiri.
Mufti Pulau Pinang pun dah mengakui bahawa arahan bagi larangan tersebut masih belum mendapat perkenan YDP Agong. Maka ianya masih belum dapat dilaksanakan.
Itu yang pertama. Yang kedua, fungsi bacaan Al - Qur'an itu menggunakan pembesar suara untuk apa? Untuk mengejutkan umat Islam seawal waktu Subuh agar mereka bersiap - siap ke Masjid.
Nak pulak kita sekarang ni berada dalam bulan Ramadhan, maka bacaan tersebut boleh membantu mereka untuk bangun dan makan waktu sahur. Itu fungsinya.
Ketiga, persoalan mengenai kenapa baru sekarang mereka nak membuat larangan tersebut? Kenapa tidak dari dulu lagi perkara seumpama itu dilaksanakan?
Malah di Kedah pun, perkara seumpama itu tidak dilaksanakan, kenapa? Heran bukan. Larangan tersebut hanya nak dilaksanakan di Pulau Pinang saja ke?
Dan yang terakhir, larangan tersebut hanya kepada bacaan Al - Qur'an dimana ianya memang sahih terkandung didalam kitab Hadis.
Jadi, APA KATA mereka tukar kepada bacaan Zikrullah diwaktu subuh bagi mengganti bacaan Ayat Suci Al - Qur'an, habis cerita.
Kita tengok apa pulak alasan yang diorang nak bagi selepas ini. Kalau bacaan Zikrullah pun tak boleh jugak, memang sah, diorang ikut cakap DAPigs!!!
Saudara salah konsep ni:
BalasPadam1. Tak kiralah siapa yang menegur, tengoklah apa yang ditegur.Bahkan kalau budak2 sekalipun kalau yang ditegur tu betul kita patut dengar.
2. Al quran bukan jam loceng utk kejutkan org tidur tp kitab utk panduan manusia hidup diatas muka bumi Allah ini. Kalau org islam tu faham isi Alquran tak payah kejutkan. Dia akan ikhtiar untuk bangun sendiri.
3. Setiap perubahan mesti ada permulaan, dan ini adalah permulaannya.
dan yang terakhir, dalam hadis Rasulullah SAW larang baca dengan kuat dlm masjid jika ianya sampai mengganggu org lain yg nak beribadat, Tp kalau tak de org dalam masjid tu bacalah sekuat manapun tak salah, Tp kita kena ingat makhluk lain iaitu Jin2 islam pun nak beribadat jugak. Tak kiralah apa yang dibaca jika ia menggangu ia masih satu kesalahan.
Lagi pun org bukan islam akan lebih benci dengan islam kerana gangguan ini. Kitakan Satu Malaysia kena faham antara satu samalain.
sekian, yang baik dtg dari Allah dan yang buruk itu dari hambanya yang lemah ini.