Mungkin tajuk artikel Semut diatas dilihat kasar memandangkan laporan berita dibawah cukup menyedihkan terutama bagi mereka yang sedang berada di Somalia ketika ini.
Namun, artikel Semut ini sekadar mahu menyindir pendirian Si Khalid Gereja yang hanya tahu bercakap tetapi takut untuk mengambil tindakan sebelum ini.
Dulu, Si Khalid Gereja ni bagi macam - macam alasan untuk mengelakkan diri daripada menyertai Misi Bantuan ke Gaza.
Kononnya, kata dia, misi tersebut telah sengaja dipolitikkan oleh sesetengah pihak tertentu sehingga sebahagian daripada NGO turut menarik diri.
Padahal, satu Malaysia tahu yang Si Khalid Gereja ni sebenarnya takut nak menyertai misi tersebut kerana bimbang tentang keselamatan diri dia.
Jadi, dia buat la cerita yang KONONnya dia nak buat satu lagi misi seumpama itu bagi tujuan yang sama semata - mata nak 'cover' malu dia.
Kata seorang sahabat Semut bila diajukan cerita ini mudah. Kalau dah dalam hati tu takut, macam - macam la alasan dia boleh bagi.
Kalau dia betul - betul ikhlas nak membantu dengan semangat Kesukarelaan, dia tak ambik peduli pun pasal Politik ni semua.
Yang jelas, Si Khalid Gereja ni hanya mampu bercakap je tentang perjuangan Jihad dan Fisabilillah. Tapi haram tak terbuat dek dia sebenarnya. Bercakap je pandai!!! Pejuang konon. Ceit!!! Pigidah!!!
KUALA LUMPUR 2 Sept. – Jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd Nor, 41, meninggal dunia setelah terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia, malam ini.Wartawan BernamaTV, Khairulanuar Yahaya yang turut serta dalam misi itu berkata, kejadian itu berlaku semasa Noramfaizul bersama rakan media elektronik yang sedang menaiki trak dalam perjalanan ke sebuah pusat komersil untuk menghantar berita telah terkena tembakan curi yang mengenai bahunya dan menembusi parunya.Kejadian itu berlaku pada pukul 10.30 malam waktu Malaysia dan Noramfaizul meninggal dunia semasa menerima rawatan pada pukul 11.07 malam waktu Malaysia (Malaysia lima jam lebih awal dari Mogadishu), katanya.Khairulanuar seperti dipetik oleh Bernama berkata, tembakan itu ditujukan kepada trak tentera kerajaan yang mengiringi pasukan media dalam liputan berita telah tersasar dan mengena Noramfaizul yang duduk berdekatan tingkap.Sementara itu, menurut wartawan Utusan Malaysia, Metra Syahril Mohamed yang mengikuti misi kemanusian tersebut ketika dihubungi lewat malam tadi memberitahu, selain jurukamera BernamaTV, jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan (gambar) juga terkena tembakan dan cedera di bahu.Menurut Metra, mereka ditembak oleh pihak yang tidak diketahui yang dipercayai menyasarkan tentera Kesatuan Afrika (AU).Tambahnya, kesemua wakil media diarahkan untuk mengemas pakaian dan barang keperluan masing-masing.Kesemua wakil media yang menyertai misi tersebut pada 28 Ogos lalu dijangka pulang ke tanah air pada 8 September ini dan kemungkinan akan pulang lebih awal malam ini atau esok pagi (waktu tempatan).
Ps: Semut ambil peluang ini untuk mengucapkan takziah diatas pemergian Allahyarham. Sesungguhnya pengorbanan beliau akan tetap diingati dan memohon agar roh beliau dicucuri Rahmat Allah S.W.T. Al - Fatihah....
si khalid sembangggg je lebih....!! tp haprak...!!!
BalasPadam