Sabtu, September 03, 2011


Bila orang kata, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya memang benar. Hakikat itu budak sekolah rendah pun tahu.

Tetapi malangnya buat Si Mat Syabun ni, dia sendiri tak faham apa yang dimaksudkan dengan peribahasa tersebut.

Dalam kenyataan Timbalan Presiden PAS yang disiarkan oleh Haprak Daily jelas membuktikan bahawa Si Mat Syabun ni buta sejarah dan tak faham lansung mengenainya.

”Ini kerana semua orang sudah tahu ketika zaman penjajah, sesiapa sahaja yang menentang British akan dianggap sebagai pengkhianat.
”Sama seperti Tok Janggut yang bangkit melawan Inggeris bagi menuntut kemerdekaan dianggap sebagai penderhaka, sedangkan mereka pejuang sebenar menuntut kemerdekaan,” ujarnya.
Jadi persoalannya, buku sejarah mana yang Mat Syabun ni baca yang menjelaskan bahawa Tok Janggut ni sebagai pengkhianat? Siapa yang bagi label tersebut?

Kalau kita pergi ke dunia nyata, tanya budak - budak sekolah mengenai perjuangan Tok Janggut serta rakan - rakannya, diorang pasti akan kata bahawa mereka adalah pejuang.

Takkan ada budak - budak sekolah tu yang akan jawab soalan tersebut dengan menyatakan bahawa Tok Janggut serta rakan seangkatan dengannya merupakan pengkhianat.

Mereka nak khianat kepada siapa? Kepada British? Yang UMNO tentang cadangan Malayan Union tu pun nak tentang siapa kalau bukan pihak British jugak?

Nampak sangat Si Mat Syabun ni sebenarnya cuba nak mengubah kenyataan yang dia buat bagi menegakkan benang yang dah memang sedia basah.

Dia dah jelas terlajak kata, maka sebab itu la dia keluarkan kenyataan yang bodoh seperti ini untuk mengelirukan rakyat. Memang sah Mat Syabun ni tak sedar diri!!!

Dia tak tau ke yang komunis bangkit menentang British bukan sebab nakkan Kemerdekaan tetapi diorang nak kuasa untuk memerintah Tanah Melayu pada ketika itu.

Sama la macam yang dibuat dek puak - puak Pakatan Pembangkang tu sekarang. Diorang bangkit menentang Kerajaan semata - mata untuk kuasa. Bukan untuk kepentingan rakyat sangat pun!!!
Categories: ,

5 ulasan:

  1. dah nama pun mat syabu...over dos!!

    BalasPadam
  2. dia kan mat sabun di bilik mandi... sabun sabun... shabu....

    BalasPadam
  3. Bodoh mat sabun tu. Tiap2 bulan dpt gaji 15 ribu hengget dari Lim Guan Eng, jadi kene buat keje la untuk majikan dia ..ni la keje dia!

    BalasPadam
  4. Semakin lama semakin aku benci dengan PAS ni.
    Mari ramai-ramai kita ubah kerajaan negeri Kedah ini dari kerajaan PAS kembali ke BN.

    Mat Sabu kena karang sejarah baru untuk buku teks tahun depan kerana tahun depan mereka yakin dapat tawan Puterajaya.

    Dengan sukatan baru sejarah yang dikarang oleh Mat Sabu sudah pasti guru-guru sejarah turut gembira kerana tidak lagi berbohong ketika mengajar sejarah di sekolah.

    Penghinaannya bukan sahaja terhadap polis yang terkorban dalam peritiwa Bukit Kepong malah turut menerima tempiasnya juga ialah guru-guru sejarah, kerana dalam kenyataannya menyatakan guru-guru turut berbohong semasa mengajar sejarah di sekolah, berbohong kerana sukatan sejarah dibuat oleh UMNO.(saya terasa juga kerana saya juga seorang guru)

    warga sebelum merdeka

    BalasPadam
  5. Saya ingin cadangkan kepada Kementerian Pelajaran supaya memperbanyakkan pemantauan terhadap P&P sejarah di sekolah, Hantarkan banyak Nazir untuk memantau mata pelajaran sejarah, ini adalah untuk memastikan guru-guru sejarah benar-benar mengajar secara jujur mengenai sejarah negara, kerana pada pandangan saya terdapat segelintir guru sejarah yang anti kerajaan tidak mengalas tanggungjawab mengajar ilmu sejarah itu berdasarkan fakta yang tepat dan ada yang memandang ringan sahaja pelajaran sejarah itu. Kalau boleh buat pemantauan semasa guru mengajar tajuk Kemerdekaan, tengok sikit macamana mereka mengendalikan P&P tajuk-tajuk tersebut.

    Jadikan derama "Harimau Melaya" sebagai tayangan yang wajib ditonton oleh pelajar-pelajar sekolah.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping