Khamis, September 08, 2011


Sedar atau tidak, Si Mat Syabun tu dah mempopularkan semula filem Bukit Kepong yang diarahkan oleh Tan Sri Jins Shamsudin.

Walaupun sebelum ini, dia mati - matian tak nak filem tu ditayangkan sempena sambutan hari kemerdekaan, sekarang ni cerita tu dah jadi semakin popular.

Secara tak lansung, ianya melonjakkan rating dan menjadi buruan rakyat untuk menontong semula filem tersebut. Tak pasal - pasal je royalti Tan Sri Jins meningkat.

Kalau Semut jadi Tan Sri Jins Shamsudin, Semut dah keluarkan kenyataan rasmi kerana Mat Syabun ni menghargai usaha yang telah dilakukan.

Tak kurang jugak, tindakan Mat Syabun tu dah membuatkan rakyat Malaysia ni peka kepada sejarah dan dapat membezakan putar belit yang dilakukan oleh dia sebelum ini.

Yang peliknya, kenapa Si Mat Syabun tu beria - ia nak buat perbandingan sejarah berdasarkan kepada filem arahan Tan Sri Jins Shamsudin tu?

Dia tak tau ke yang filem epik sejarah seperti tragedi Bukit Kepong itu memang telah diolah untuk tujuan komersil? Nama pun filem.

Walau bagaimana pun, Tan Sri Jins Shamsudin sebelum ini menjelaskan bahawa dia dah cuba untuk tidak mengolah terlalu banyak fakta sejarah didalam filem tersebut.

Kalau itu pun Si Mat Syabun ni tak tau, maka dia memang tak layak la nak jadi Timbalan Presiden PAS. Jauh sekali nak jadi pemimpin. Jadi beruk boleh la!!!

IPOH, 8 Sept — Forum susulan kontroversi tragedi Bukit Kepong mula menarik perhatian. Satu lagi akan diadakan di Ipoh esok, dengan tajuk  “Peristiwa Bukit Kepong: Siapa Wira Sebenar?”.
Ia akan berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).
Forum berkenaan akan bermula 3 petang, demikian menurut kenyataan pejabat Menteri Besar Perak semalam.
Empat ahli panel forum itu ialah bekas Ketua Polis Negara Tun Mohammed Haniff Omar, bekas Ketua Polis Perak Tan Sri Yuen Yuet Leng, pakar sejarah Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim dan Prof Datuk Dr Ramlah Adam dari UiTM.
Laporan Bernama Online menyebut, ahli-ahli panel akan berhujah mengenai peristiwa bersejarah itu yang kini menjadi topik kontroversi dicetuskan oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.
Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu mendakwa Mat Indera yang mengetuai gerombolan pengganas komunis yang menyerang balai polis Bukit Kepong pada 1950 adalah pejuang kemerdekaan, manakala anggota polis yang terkorban adalah polis penjajah British.
Categories: ,

3 ulasan:

  1. dia nk jins buat filem sjarah pasal dia lak kot...tajuk cite tu "mat sabu kene syabu"....msti meletop cite tu..xcaya wt la,masyukkk siot...

    BalasPadam
  2. mungkin juga..atau dia nak suruh jins shamsuddin but filem berkenaan peperangan dalam bilik hotel no 121 di kota bharu antara mat sabung dan mek mah..

    BalasPadam
  3. eloklah tan sri jin shamsudin bikin filem bukit kepong versi baru dengan mat syabun berlakon sebagai mat indera

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping