Selalunya di kaca televisyen jika terdapat watak lakonan seorang 'ibu ayam' pastinya ia akan dilakonkan oleh pelakon senior.
Ini mencetuskan stigma bahawa gelaran tersebut hanya khas untuk golongan berusia dengan sanggul tinggi dan mekap tebal sambil mengipas 'kipas Cina'.
Namun, realitinya gelaran ibu ayam bukan eksklusif kepada golongan berusia sahaja. Tetapi ia sebenarnya menjangkau pelbagai lapisan umur termasuk remaja berusia awal 20-an.
Kegiatan pelacuran yang juga salah satu 'pekerjaan' tertua di dunia sering menjadi pilihan pihak yang mahu mencari jalan pintas untuk kaya dan hidup mewah.
Bagaimanapun langit tidak selalunya cerah. Setiap pekerjaan yang haram di sisi agama dan undang-undang negara pasti akan mendatangkan kesan buruk kepada pelakunya kelak.
Begitulah nasib yang menimpa dua sahabat baik, Lina, 24 dan Linda, 23, (kedua-duanya bukan nama sebenar) apabila tertangkap selepas beberapa tahun terlibat dalam kegiatan haram itu.
Linda semasa mendedahkan perkara itu berkata, dia mencari remaja bawah umur yang terlibat dalam masalah keluarga sebagai sasaran utama untuk dilacurkan dengan lelaki hidung belang.
Katanya, dia terjebak dalam kegiatan haram itu apabila terpedaya dengan ajakan rakan baiknya, Lina untuk mencari jalan pintas mengecap kekayaan tanpa perlu bekerja keras.
"Kerja yang kami lakukan sangat mudah, Lina dan saya akan menjadi orang tengah untuk mengaturkan remaja-remaja itu melakukan hubungan seks dengan beberapa lelaki di sebuah hotel di bandar.
"Setiap remaja yang dilacurkan itu kami akan mendapat keuntungan RM80 dan setiap hari hampir lima remaja kami kerahkan untuk memberi khidmat seks," katanya ketika ditemui pemberita di Penjara Wanita Kajang, di sini.
Menurut Linda, kegiatan mereka mula terbongkar apabila ibu bapa kepada salah seorang remaja yang mereka lacurkan itu membuat laporan polis hingga menyebabkan mereka berdua tertangkap dan didakwa di atas kesalahan pemerdagangan orang.
"Saya ditahan pada Julai tahun lalu dan didapati bersalah di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran yang menyebabkan saya perlu menjalani hukuman penjara selama 10 tahun di sini.
"Saya sangat menyesal kerana tersilap langkah memilih rakan, saya terpaksa merengkok dalam penjara dan lebih memilukan apabila keluarga turut dicemuh penduduk kampung," katanya sambil menitiskan air mata kekesalan.
Bagaimanapun, Linda sangat bersyukur kerana diselamatkan daripada terus hanyut ke lembah dosa dan kehinaan jika masih terlibat dalam aktiviti keji itu.
"Sejak berada di sini, saya banyak bermuhasabah diri hasil didikan agama yang diterapkan oleh ustazah-ustazah di sini.
"Saya akui kerana pegangan agama yang lemah merupakan penyebab utama terjerumusnya ke lembah yang hina ini hingga menconteng arang ke muka keluarga di kampung dan berjanji selepas dilepaskan saya akan membina kehidupan yang lebih baik," katanya sambil menundukkan kepala.
Ps: Kalau la PAS memainkan peranan diorang dengan betul dalam menyebarkan syiar Islam, benda macam ni mesti berkurangan.
Tapi apa kan daya. Malangnya puak - puak Parti Angguk Saja ni mendahulukan Politik lebih dari Agama. Maka sebab tu la perkara seumpama ini hanya dipandang remeh.
Jadi, tak heran la kalau dikalangan pemimpin diorang pun sanggup tutup sebelah mata bila ditangkap khalwat dan sebagainya!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.