Teringat lagi ayat Si Karpal Whilcar masa dia marah dengan Si Ketua Penipu tu dulu. Kali ni, mungkin dia perlu ulang semula kata - kata tu dan suruh Mat Syabun ni bertaubat!!!
MELAKA 9 Sept. - Anak kepada Allahyarham Konstabel Mohd. Yusoff Rono, salah seorang anggota polis yang terselamat dalam serangan komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong 61 tahun lalu mahu Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.Mohd. Isa, 50, anak keempat daripada enam beradik dan paling rapat dengan Allahyarham berkata, kenyataan membela pengganas komunis yang dibuat Mohamad atau Mat Sabu itu membuktikan beliau tidak menggunakan akal dengan bijaksana.''Umur saja tua tetapi ilmu yang ada tidak cukup. Beliau sebenarnya bercakap mengikut nafsu dan bukan mengikut akal fikiran.''Saya mewakili seluruh ahli keluarga melahirkan rasa kecewa dengan kenyataan Mat Sabu dan saya minta beliau bertaubat jika enggan meminta maaf," katanya ketika ditemui di rumah pusaka Allahyarham di Kampung Pengkalan Renggam, Kandang di sini semalam.Selain Mohd. Yusoff, tiga lagi rakan Allahyarham yang terselamat sewaktu kejadian tersebut ialah Konstabel Othman Yusoff, Konstabel Abu Bakar Daud dan Ahmad Khalid.Mohd. Isa berkata, Mat Sabu tidak pernah merasakan penderitaan yang ditanggung oleh Allahyarham bapanya yang cedera parah akibat tragedi itu.Kata beliau, bapanya antara empat anggota polis yang terselamat dalam serangan pada 23 Februari 1950 itu namun mengalami kecederaan parah ditembak di lengan dan paha kiri.Akibat kecederaan itu, katanya, lengan kiri bapanya dipotong dan disambung menyebabkan tangan kiri Allahyarham pendek sedikit daripada tangan kanan.''Tangan kirinya tidak pulih sepenuhnya apabila kesan daripada tembakan itu menyebabkan lengannya sering berair dan kadangkala bernanah sehingga bapa saya meninggal dunia pada 14 April 2005," ujarnya.Sepanjang hayatnya kata Mohd. Isa, Allahyarham sering bercerita mengenai kekejaman komunis yang mengorbankan 14 anggota polis dan lima polis bantuan dalam tragedi itu.Beliau turut mempersoalkan kedangkalan Mat Sabu terhadap fakta sejarah hingga sanggup memutar belit kejadian yang sebenarnya berlaku.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.