IPOH, 9 Sept — Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim menyifatkan mana-mana pemimpin politik yang menyokong gerakan komunis pada masa sekarang sebagai pihak “cukup bodoh.”
Dengan nada menyindir, pakar sejarah ini menasihatkan semua pihak agar tidak menyalahkan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (gambar) yang didakwa sebelum ini menyokong serangan komunis dalam tragedi Bukit Kepong.
“Tapi dia (Mohamad) tidak bodoh, dia pandai bersandiwara. Jangan salahkan orang macam Mat Sabu (Mohamad), rakyat sendiri mesti guna akal, jangan cepat percaya,” katanya pada “Wacana Peristiwa Bukit Kepong: Siapa Wira Sebenar?” di sini.
Mohamad mencetuskan kontroversi apabila memberitahu dalam satu ceramah bahawa pejuang kemerdekaan telah melancarkan serangan itu di balai polis Bukit Kepong — membunuh 25 orang — semasa pemberontakan komunis pada 1950.
Ahli politik itu telah dituduh membela komunis oleh pemimpin Umno dan ia disiarkan dalam Utusan Malaysia walaupun Mohamad menafikan ada menggunakan perkataan komunis dalam ceramahnya.
Mohamad, dalam ceramahnya mengatakan Ahmad Indera atau Mat Indera — salah seorang individu yang dipujinya ketika ceramah pada 21 Ogos lalu telah dikatakan sebagai seorang pejuang kemerdekaan, sebagaimana disebutkan dalam Berita Harianpada 13 Ogos 2010.
Selain itu, PAS juga mahu agar sejarah kemerdekaan negara dikaji semula dengan mendakwa ramai pejuang kemerdekaan diketepikan.
Tegas Khoo, sejarah kemerdekaan negara tidak boleh ditulis semula kerana ia berasaskan fakta dan peristiwa yang benar-benar berlaku.
“Sejarah mesti berasaskan fakta dan sejarah tidak boleh diubah, sejarah adalah perkara yang telah wujud atau yang sudah berlaku ... sejarah adalah perkara yang sudah berlaku,” katanya di hadapan kira-kira 500 orang.
“Orang yang tidak faham sejarah Malaysia kerana mereka baca buku yang ditulis oleh mereka yang tidak faham, kalau tidak faham macam mana nak tulis sejarah,” tambahnya.
Jelas beliau, mana-mana pihak termasuk PAS yang berniat mahu menulis sejarah Malaysia perlu tahu tentang sejarah.
“Kalau nak tulis pasal sejarah kita mesti tahu, siapa yang nak tulis semula sejarah Malaysia dia perlu tahu tentang masyarakat, sejarah orang Melayu, sejarah orang Cina dan sejarah orang India.
“Tapi kalau kita lihat ramai yang tidak faham sejarah, saya nak beritahu British tidak pernah menjajah negara kita, mereka hanya mengadakan perjanjian untuk jalankan pentadbiran tapi kedaulatan tetap ada pada raja-raja Melayu sebab itu selepas 1957 Tanah Melayu ada sembilan orang raja, saya tahu ramai yang tidak tahu mengapa,” katanya.
Menyentuh soal Ahmad yang disanjung pemimpin nombor dua PAS itu, Khoo berkata, pemimpin komunis Melayu itu tidak layak untuk digelar pejuang kemerdekaan kerana tindakan dalam tragedi Bukit Kepong bertentangan dengan undang-undang negara.
“Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi negara, ini tidak boleh diubah, negara kita mahu orang yang patuh pada undang-undang atau tidak? Orang yang melanggar undang-undang negara tidak boleh dianggap sebagai wira,” katanya.
Ps: Susah - susah dia jadi Timbalan Presiden PAS. Asyik nak menipu orang je kerjanya. Macam tak de kerja lain yang dia boleh buat gamaknya. Asyik nak menyusahkan orang je!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.