Jumaat, September 02, 2011



IPOH 30 Ogos – Seorang veteran VAT 69 Komando, Wan Taha Wan Mohamed, 66, berasa terhina dengan tindakan Mohamad Sabu yang mendakwa Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai hero sebenar dalam peristiwa Bukit Kepong.

Beliau yang telah berkhidmat 20 tahun dengan meredah hutan untuk memerangi pengganas, tidak faham bagaimana Timbalan Presiden Pas itu sanggup menyokong komunis.

“Sudah dua, tiga hari saya berfikir macam mana beliau boleh hina bangsa dan agama sendiri. Jika beliau sudah tidak mahu tinggal di Malaysia, bolehlah keluar dari negara ini.

“Orang macam Mohamad Sabu ibarat ‘kain buruk’ kepada DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Wan Taha yang berkhidmat dari 1964 hingga 2001 dalam pasukan keselamatan dengan pangkat terakhir sebagai sub inspektor berkata, kenyataan Mohamad Sabu itu tidak boleh diterima sama sekali.

“Saya berbulan-bulan masuk hutan tinggalkan anak bini di rumah, semata-mata untuk pastikan negara aman damai untuk anak cucu kita, tetapi beliau pula sokong komunis. Apa tujuan dan matlamatnya. Saya tidak boleh terima sama sekali.

“Mohamed Sabu tidak pernah tinggalkan anak bini. Beliau cuma tahu ‘melalak’ sahaja. Kalau beliau tidak jaga percakapannya, saya bimbang nanti beliau jadi ‘Mat Penyapu’ pula,'' katanya.

Wan Taha berkata, ramai yang tidak tahu tentang kekejaman komunis kerana mereka tidak masuk hutan untuk memerangi pengganas, sebaliknya sekadar membaca berita dalam akhbar.

Katanya, Mohamad Sabu mungkin ‘buta sejarah’ kerana membuat kenyataan yang mengguris hati keluarga dan ahli pasukan keselamatan, tetapi kenyataan itu dilihat lebih bermotifkan politik.

Ps: Mat Syabun ni memang layak sangat jadi tukang sapu kat Balai Polis Bukit Kepong tu dengan taraf ilmu yang dia ada.

Lagi pun, kalau jadi tukang sapu, dia tak payah nak ingat apa - apa melainkan penyapu dia je. Cuma taraf dia dikalangan tukang sapu paling rendah sekali sebab di terencat akal.

Tukang sapu yang ada sekarang pun lagi bijak dari dia sebab otak diorang semua letak dalam kepala. Buat malu je jadi pemimpin kalau otak letak kat kepala lutut!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Apakah mungkin Kerajaan Malaysia yang telah diterajui oleh Najib melihat pekara ini satu drama swasta yang boleh dtonton di chanel TV atau rancangan raja lawak,jika kerajaan malaysia masih berpikiran lembab,nampaknya banyak lagi pekara akan timbul selepas ini kerana tiada tindakkan diambli,,,asyik-asyik amaran,nampaknya lokap-lokap dan penjara hanya diprnuhi oleh penagih dadah dan penyamun kecil-kecilan

    BalasPadam
  2. kesian sangat lee kat vetren dan rakan rakan seperjuangannya. kominis serah diri dapat tapak rumah dan rumah kongsi yang diurus secara percuma dan sekarang ni dah pun kaya raya dapat buat sub kontrak umno. kita dapat apa? ada pencen pun abih buat beli ubat urut aje, kot kot le dekat nak raya dapat beras lima kilo ngan gula. tu pun kena tunggu berejam wakil umno sampai. tu le nasib kita ye tak.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping