Sabtu, September 24, 2011

Adnan Yaakob Bersama dengan Prof. Dr. Mohammed Hassan Awad
KAHERAH, 24 Sept — Institusi pengajian tinggi tertua di dunia, Universiti Al-Azhar berhasrat menubuhkan Pusat Islam Arab di Pahang bagi membantu pelajar di Malaysia menguasai bahasa Arab dengan lebih berkesan. 


Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob (gambar) berkata perkara itu dimaklumkan dalam pertemuan beliau dengan Pemangku Presiden universiti itu, Prof Dr Mohammed Hassaan Awad di sini. 

Menyampaikan cenderahati
Adnan yang sedang dalam rangka lawatan kerja selama empat hari ke Mesir berkata Universiti Al-Azhar secara dasarnya bersetuju menghantar para ilmuan mereka ke Pahang bagi mengajar bahasa Arab khususnya kepada pelajar sekolah agama. 

“Perkara ini akan dibincangkan secara lebih mendalam dalam mesyuarat kerajaan negeri akan datang dan saya akan turut maklumkan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) dan Menteri Pengajian Tinggi (Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin) berhubung cadangan Universiti Al-Azhar itu,” katanya dipetik Bernama Online.


Adnan berkata bagi Pahang, penubuhan pusat itu mampu membantu memperkasa penguasaan bahasa Arab di kalangan pelajar di negeri itu yang kekurangan tenaga pengajar khususnya dari negara Timur Tengah. 

Ketika ini, katanya terdapat 14 guru bahasa Arab dari Arab Saudi di Pahang hasil usaha Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang juga Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang. 

“Kita lihat penguasaan bahasa Arab pelajar mula meningkat hasil didikan mereka yang benar-benar pakar dalam bahasa berkenaan,” katanya. 

Adnan berkata beliau juga dimaklumkan bahawa Universiti Al-Azhar telah membuka satu kuliah khusus bagi membantu pelajar Malaysia yang kurang mahir menguasai bahasa Arab.

Ps: Uik! Macam mana pulak ada orang kata MB Pahang ni pergi bercuti? Terang sangat dia pergi keluar Negara untuk kepentingan rakyat.

Tak de la macam puak - puak Pakatan pembangkang tu. Pergi keluar Negara macam pergi kedi makan belakang rumah. Punya kerapnya. Tapi, apa hasil diorang bawak balik?

Habuk pun tarak. Itu baru betul nak kata mengabihkan duit rakyat. Sekadar keluar lepas tu tak de apa yang dibawak balik. Macam sial!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping