Jumaat, September 02, 2011

Tido adalah cita - cita asal Mat Syabun di Sekolah!!!
Ohh!!! Baru la kita faham kenapa Si Mat Syabun ni sibuk - sibuk memperjuangkan agenda Komunisme dalam ceramah dia baru - baru ni.

Semut ingatkan dia nak mengagung - agungkan pejuang - pejuang Komunis yang dah berjaya membunuh anggota Keselamatan dalam tragedi Bukit Kepong.

Rupa - rupanya, dia ada tujuan lain. Tetapi tujuan dia tu bukan la nak memperjuangkan Kemerdekaan atau pun demi kepintingan rakyat. Cuba baca petikan dibawah:
1. Sebelum menyertai PAS pada Mac 1978, saya telah berkecimpung dalam ABIM. Di dalam Parti Islam PAS saya telah memegang berbagai-bagai jawatan dan kedudukan samada sebagai AJK dewan pemuda PAS pusat, pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, AJK PAS Pusat, Naib Presiden dan sekarang sebagai Timbalan Presiden PAS.
2. Sepanjang penglibatan saya dalam PAS, di antara tokoh idola saya ialah Jamaludin Al-Afghani, Syed Qutb, Hassan Al-Banna, Imam Khomeini, Omar Mokhtar, Dr. Burhanuddin Al-Helmi dan tokoh-tokoh ulama' dan cendekiawan Islam.
3. Saya pernah ditahan sebanyak dua kali di bawah tahanan ISA. Antara tuduhan ialah sebagai pelampau agama.
4. Adapun tokoh-tokoh lain seperti Lenin, Mahatma Gandhi, Abraham Lincoln, Jamal Naser, Sukarno, Kamal Attarturk, Ho Chi Minh dan lain-lain yang disebut oleh saya adalah sebagai sejarah perjuangan rakyat dan kejayaan mereka sebagai contoh perbandingan.
5. Tuduhan terhadap saya, secara kasar dari 27 Ogos hingga ke hari ini, 2 September sebagai penyokong komunis dan hendak mendewakan fahaman komunis amat keterlaluan dan menjijikkkan. Segala tohmahan ini untuk memburukkan saya dan parti saya (PAS). 
Yang sebenarnya, Mat Syabun ni nak nama dia dikenali sebaris dengan tokoh - tokoh perjuangan dunia seperti yang dinyatakan diatas.

Maknanya, dia nak nama dia dikenali sama seperti Lenin, Mahatma Gandhi, Abraham lincon, Jamal Naser, Sukarno, Kamal Attarturk Ho Chi Minh dan sebagainya.

Kata dia, mereka semua berjuang untuk rakyat. Yang dia nak sangat nama dia dikenali sebaris dengan nama diorang tu, perjuangan rakyat menda kejadahnya?

Dia tak sedar ke yang nama - nama dia sebut tu sanggup melakukan apa sahaja demi untuk kebaikan rakyat? Yang dia, apa yang dia mampu korbankan?

Nama yang dia sebut tu semuanya merupakan para intelektual didalam bidang masing - masing. Yang dia, peperiksaan kat sekolah pun kantoi. Lepas tu menipu je yang dia taunya.

Kalau betul dia sanggup berkorban untuk rakyat demi menegakkan Keadilan, kenapa dia masih tak ambik tindakan terhadap Utusan jika apa yang dilakukannya tidak benar?

Kenapa dia perlu takut untuk memfailkan saman terhadap Polis yang didakwanya menaburkan fitnah semata - mata Polis kantoikan dia menipu tempoh hari?

Nak ambik tindakan tu pun dia takut, lagi dia ada hati nak nama dia sebaris dengan Lenin dan Mahatma Ghandhi konon. Ceit!!! Tak sedar diri punya manusia!!!

Cermin la diri tu dulu Mat Syabun oi!!! Jangan main cakap ikut sedap mulut je. Kalau dah pandai cakap, pandai buat la. Jangan asyik nak menipu je kerjanya!!!
Categories: ,

4 ulasan:

  1. Kenapa pula dia la ni digelar Matu Sabun,, orang yang dok kat asrama mesti tau punya apa dia buat dengan sabun ....

    BalasPadam
  2. Dah lama saya ikuti ceramah Mat sabun. Fakta tak ada. Idea nahe. Yang ada cuma fitnah, bohong, mengumpat. Lepas tu penyokong taksub bertepok, takbir. Isu bukit kepong yang disebut mat sabun pun ada yang tepuk tangan. Nasib kaulah PAS

    BalasPadam
  3. cuba tanya orang2 di kawasannya apa kebajikan yg yb ni dah buat hari2 dlm hidupnya sebagai wakil rakyat? ada tak dibantunya orang2 tak berumah? pemuda2 pemudi2 tak ada kerja? anak2 miskin & yatim melanjutkan pelajaran? ibu2 tunggal yg tak berpendapatan tetap? orang2 cacat? orang2 tua terlantar? orang2 bermusafir & sesiapa saja yg memerlukan bantuan derma dari yb mat sabu? berapa banyak plak yb sudi taja utk kerusi di institusi 'alma matter' utk pelajar cemerlang mendapat dana? besar ertinya tu yb!!

    BalasPadam
  4. apa yg diperkatakan 'anti bohmau' diatas tu adalah contoh2 kualiti pemimpin2 pembangkang terutamanya dari PAS yang sangat menitik-beratkan kebajikan untuk rakyat dgn menyajikan penyokong2 mereka dgn janji2 manis, kosong dan palsu sbg halua telinga. percaya kpd janji2 inilah yg akan menempatkan dan memudahkan perjalanan mereka dlm menuju dan menghuni syurga milik PAS yg telah disediakan oleh wali selipar.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping