Jumaat, September 09, 2011


Wah!!! Lain macam betul cara Ketua Penerangan PAS Pusat ni nak menuntut Kemerdekaan ye? Sampai nak diangkat senjata dulu baru boleh merdeka ye?

Kata PAk Berahim, UMNO hanya ambik kesempatan mengambil nama diperingkat akhir dalam menuntut Kemerdekaan.
“Pejuang-pejuang lain yang menggadaikan nyawa mereka sehingga menyebabkan penjajah dalam keadaan amat parah,” kata Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataan hari ini. 
Woi Pak Berahim!!! Islam ada ajar ke tuntut satu - satu perkara dengan cara kekerasan dan kekejaman? Islam mana dia belajar ni?

Kalau baca dalam sirah Rasulullah dan para sahabat dulu pun, cara mereka nak memerdekakan satu - satu kawasan tu bukan melalui kekerasan.

Semuanya dilakukan dengan cara rundingan terlebih dahulu. Bila semua rundingan ditolak, maka barulah peperangan diistiharkan.

Itu pun bukan Islam yang istiharkan perang. Tetapi pihak musuh Islam yang istiharkan perang.  Dalam rundingan tu, puak Islam akan bagi 3 syarat untuk dipilih oleh musuh:

1. Sama ada pihak musuh menerima Islam dan menikmati apa yang diperolehi oleh orang Islam secara sama rata. atau,

2. Bayar jizyah yakni cukai kepada Kerajaan Islam. Mereka yang bukan Islam dibenarkan meneruskan agama masing - masing. atau,

3. Baru berperang.

Jadi, sejarah Islam mana yang tuntut kemerdekaan melalui peperangan ni sebenarnya? Semuanya melalui perundingan.

Adakah salah jika kemerdekaan Negara Malaysia ni dicapai melalui perundingan? Sewaktu penentangan Malayan Union, siapa yang angkat senjata?

Komunis yang angkat senjata. Sebab apa? Sebab diorang tak puas hati dengan keputusan British yang bagi kuasa pentadbiran kepada orang Melayu iaitu UMNO.

Kalau betul la UMNO atau pihak Kerajaan tak mengiktiraf mereka yang terkorban, apa kejadahnya mereka adakan hari Pahlawan?

Itu pahlawan yang gugur sebelum Merdeka. Pak Berahim nak cakap apa pulak untuk mereka yang gugur selepas Merdeka yang dibunuh dan dicederakan oleh Komunis?

Maka memang sah la Pak Berahim ni sebenarnya nak menganjurkan keganasan dalam Islam dalam menuntut Kemerdekaan Negara sedangkan ianya bertentangan dengan ajaran Islam.

Suruh Pak Berahim ni belajar balik Sejarah la woi!!! Jangan sesuka hati dia je nak bercakap. Bagi Penerangan pun entah apa - apa. Pejuang Islam konon. Ceit!!! Pigidah!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping