Jumaat, September 09, 2011


Semakin hari, semakin banyak pulak pihak yang tampil memberi tamparan hebat kepada Si Fuziah 'Reaktor' serta konco - konco bodoh dia ni.

Hari tu dah kena dah dengan IAEA. Diorang sibuk pulak kata IAEA ni tak layak buat kajian dan sebagainya.

Lepas tu kena pulak penampor dengan Ahli Parlimen PAS yang juga merupakan pakar dalam bidang Sains Nuklear.

Dah terang - terang Dr. Che Rosli tu kata yang Si Fuziah serta konco - konco dia ni menipu dan menyelewengkan fakta mengenai pembinaan kilang Lynas di Gebeng tu.

Kali ni, Menteri dari Australia sendiri yang menampor muka Si Fuziah sampai berpinar mata dia bila membaca laporan dibawah.
PERTH: Menteri Perlombongan dan Petroleum Australia Barat, Norman Moore, berkata beliau memahami bahawa Lynas Corporation Ltd mempunyai sebab tertentu untuk membuka kilang memproses nadir bumi di Malaysia kerana Australia adalah negara berkos tinggi untuk aktiviti perkilangan dan pemprosesan hiliran. 

Beliau berkata, banyak aktiviti perlombongan dijalankan di luar Australia dengan kebanyakan logamnya diesksport.
"Hanya sedikit sahaja pemprosesan dijalankan dalam negara," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Perth baru-baru ini.
Lynas sedang membina kilang pemproses nadir bumi berharga RM700 juta di Gebeng, Kuantan, yang akan menggunakan bahan mentah dari Mount Weld, Australia Barat bagi mengeluarkan produk nadir bumi. 

Meskipun Moore mahu melihat lebih banyak aktiviti pemprosesan dilakukan dalam negara, kerajaan negeri itu perlu menghormati hakikat bahawa Lynas memilih Malaysia atas sebab-sebab komersial. 

"Syarikat membuat keputusan sendiri, sesuai dengan keadaan, kewangan dan ekonomi mereka. Kami memahami bahawa mereka memajukan lombong di sini (Australia Barat) bagi menyediakan pekerjaan dan menjadikan Australia Barat sebagai sebahagian daripada pasaran untuk nadir bumi seperti yang kami mahukan. 


"Namun, atas sebab-sebab ekonomi, syarikat memutuskan supaya pemprosesan di lakukan di Malaysia dan ia adalah sesuatu yang baik untuk Malaysia," katanya. 
China kini dilaporkan sebagai pengeluar terbesar nadir bumi dan Jepun sebagai antara pasaran terbesar kerana nadir bumi adalah elemen penting dalam pembuatan produk elektronik berteknologi tinggi. 


Sementara itu, Mount Weld memiliki deposit nadir bumi terbesar di luar China, dan Australia Barat juga memiliki pelbagai jenis mineral, termasuk depsoit besar bijih besi, nikel, timah, plumbum, tembaga dan emas. 

Moore, bagaimanapun, berkata meskipun memiliki deposit besar logam, tidak banyak aktiviti pemprosesan dijalankan dalam negara. 

"Kami mahu melihat perubahan, namun Australia adalah negara yang berkos tinggi dari segi pengeluaran dan pemprosesan hiliran dan kami sukar untuk bersaing, sebagai contoh, dengan China dari segi membuat keluli menggunakan bijih besi kami, dan kami mengeksportnya ke negara lain," katanya. 

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Lynas Nicholas Curtis dilaporkan sebagai berkata bahawa Malaysia adalah destinasi pelaburan yang baik dan Gebeng mempunyai infrastruktur yang perlu untuk industri berat. 

"Oleh kerana kami dalam perniagaan global, kami memilih Malaysia berdasarkan infrastrukturnya yang baik serta peraturan yang sangat jelas," katanya. - BERNAMA 
Hah!!! Apa lagi yang dia nak kata lepas ni? Dia nak pertikaikan jugak ke pasal jawatan Menteri Australia tu?

Atau adakah dia nak buat demo dihadapan Pejabat Menteri tu agar dilucutkan jawatan kerana memberi ulasan tersebut?

Nasihat Semut, sudah - sudah la Fuziah ni menipu rakyat. Semakin hari, semakin terserlah pulak kedunguan dia tu. Buat malu je kalau orang tengok.

Semua orang dah tau yang dia tu wakil dari Parti Kencing Rakyat dan lulus Universiti of Al - Juburi. Jadi memang dah tak de kerja lain. Menipu rakyat tu je la kerjanya!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. dia xsuka sbb x masyukkkk...klu dpt msti dia syp nye...yela,kt selangor kaum2 dia sume dh masyukkkk,dia je yg gigit jari....mcm biasa la,makin byk kene maki,makin byk elaun maki dia dpt...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping