Alahai!!! Apa la yang nak jadi dengan puak - puak Parti Angguk Saja ni ye. Suka sangat diorang mimpi yang bukan - bukan.
Semalam diorang buat ceramah di Rompin. Tapi katanya tak ramai yang datang sebab hujan lebat. Semut pun tak sempat merayap ke sana sebab hujan.
Tapi ada la beberapa perkara yang telah dibangkitkan oleh mereka dalam ceramah tersebut. Salah satunya ialah mengenai pemberian tanah kepada rakyat di Pahang.
Kata diorang, jika Pakatan Pembangkang tu berjaya menawan Negeri ni, maka diorang akan berikan tanah tersebut dalam tempoh 100 hari.
Nak bagi tanah kepada rakyat dalam tempoh 100 hari? Betul la diorang ni mimpi disiang hari. Diorang tak tengok ke macam mana PAS buat di Kelantan?
Bukan setakat 100 hari, dah 20 tahun dah diorang memerintah. Ada diorang bagi tanah kepada rakyat? Tak denya de. Dirampasnya hak diorang tu lagi ada la.
Sampai hari ni, Mursyidul Am PAS sendiri masih tergagap - gagap nak jelaskan mengenai isu Ladang Rakyat. Pun masih tak selesai - selesai jugak lagi.
Yang di Pulau Pinang tu pulak, habis semua tanah orang Melayu dirampasnya. Bukan setakat tanah je, dengan rumah - rumah dirobohkannya.
Dua Negeri tu siapa yang perintah kalau bukan puak - puak Pakatan Pembangkang tu jugak yang punya kerja?
Inikan pulak nak bagi tanah kat Pahang ni kepada rakyat. Tanah diorang yang ada pun tak terjaga, nak bagi tanah kepada orang lain pulak?
Dekat Kelantan tu katanya dah banyak balak yang ditebang. Tapi nak bagi peruntukan untuk Masjid pun susah. Buat stadium boleh pulak. Siapa punya kerja tu kalau bukan PAS jugak???
Halamak ai!!! Sedar la diri tu sikit. Kat Negeri dibawah pemerintahan diorang pun tak terjaga. Nak masuk pulak tempat orang. Lagi la punahnya.
Setakat cakap nak bagi tanah, semua orang pun boleh cakap. Tapi bila suruh buat esok, mula la masing - masing bagi alasan macam - macam.
Tapi ini la buktinya bahawa dalam ceramah PAS sekarang dah memang tak de cerita bab Agama ni. Semuanya bab Politik belaka.
Kalau setakat Politik biasa tak pe. Ni siap tabur janji kosong pulak tu. Lepas tu, kutip derma. Siapa yang dapat duit derma tu? Penceramah jugak.
Kalau dia bagi ilmu tak pe. Ini setakat bagi harapan. Harapan pulak yang bukan - bukan. Perjuangan Islam menda kejadahnya kalau macam tu!!!
LADANG WAKIL RAKYAT ???
BalasPadamBARU JUMPA NAMA YANG TEPAT.
TAPI TAK KAN LAH SAMPAI RELA GADAI ISLAM SEKALI !!!