"Ana 'Surrender', Meh berdebat!!!" |
Kot ye pun nak menegakkan benang Mat Syabun yang dah basah tu, takkan la sampai terdesak sangat nak ajak orang berdebat kot?
Bukan apa. Semut takut nanti Pak Berahim dapat malu macam dalam Wacana yang diadakan baru - baru ni bersama - sama dengan Tan Sri Harusani.
Pandai sangat dia cakap yang orang lain layan Ulama macam terompah Kayu, tak pasal - pasal je dia digelarkan sebagai Syaitan. Kan dah songeh muka?
Disebabkan dia sendiri dalam banyak - banyak ceramah yang dibuat terlalu suka mengutuk orang lain dengan memberikan nama gelaran itu ini, dah kena sebijik dengan Mufti Perak tu.
Itu berdebat pasal peranan ulama tu. Cerita pasal bab agama pun dah kantoi. Sekarang dia masih ada hati nak ajak berdebat pasal Sejarah pulak?
Kalau betul la PAS ada naratif lain mengenai Sejarah Negara, apa tak dibuatnya buku dan dijadikan bahan rujukan untuk orang baca?
Kenapa puak - puak Pakatan Pembangkang tu masih jugak nak mendesak Kerajaan agar memperbetulkan sejarah sedangkan diorang sendiri pun tak mampu nak menjelaskan fakta yang sebenar?
Bukan pasal sejarah Negara tetapi Sejarah PAS sendiri pun sengaja disembunyikan kisah sebenar. Cuba baca dalam laman web rasmi mereka.
Jelas sangat ianya sengaja dimanipulasikan dan ada beberapa yang sengaja tidak dinyatakan oleh PAS sendiri.
Sebagai contoh, kenapa PAS tidak menjelaskan tindakan Haji Ahmad Fuad yang keluar dari UMNO kerana kalah bertanding jawatan Presiden dan kemudiannya menubuhkan PAS?
Kenapa tidak dijelaskan konflik diantara Dato' Asri dan Haji Ahmad Nasir mengenai kepimpinan Kerajaan PAS Negeri Kelantan selepas PRU 1969?
Sejarah diorang sendiri pun sengaja nak diputar belitkan, lagi ada hati nak mempertikaikan pasal sejarah Negara. Nampak sangat Pak Berahim ni sengaja nak jadi Ketam. Ceit!!! Pigidah!!!
KUALA LUMPUR, 4 Sept — PAS bersedia untuk berbahas dengan Umno berhubung kontroversi tragedi Bukit Kepong dan fakta sejarah negara — yang kini menjadi senjata terbaru parti Melayu itu untuk menyerang kepimpinan Mohamad Sabu.Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, ramai pejuang kemerdekaan yang tidak diiktiraf dalam sejarah termasuk Muhammad Indera atau Mat Indera, salah seorang yang terlibat dalam tragedi Bukit Kepong.“Mat Indera dan ramai para pejuang kemerdekaan yang tidak diiktiraf dalam sejarah yang telah menjadi fokus utama serangan media perdana pro-Umno kepada PAS memerlukan satu penyelesaian konkrit.“PAS berasa simpati kepada kesan mendalam kepada waris Mat Indera dan tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan yang lain yang bangun menentang penjajah tetapi jasa mereka digugurkan dan tidak diiktiraf dalam sejarah akibat terpaksa menanggung pelbagai tuduhan liar ‘pejuang-pejuang pertahanan sejarah versi Umno’ tanpa ruang untuk menjawab,” katanya dalam satu kenyataan.Jelas beliau, sebahagian besar waris pejuang kemerdekaan yang terkorban menentang penjajah berasa dukacita apabila dilabelkan sebagai komunis.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.