Bermula dengan Bersih, sampai la ke isu mengenai Mat Syabun ni. Rasanya dah banyak kali rakyat buat laporan Polis di seluruh Malaysia.
Tapi, malangnya, tak de tindakan yang diambil oleh pihak yang tertentu. Orang dibawah yang buat laporan Polis tu semuanya menyalahkan pihak Polis dan juga KDN.
Kata diorang, mereka ni la yang tak buat kerja. Tapi, dari apa yang dijelaskan oleh pihak Polis serta KDN, mereka dah buat kerja mereka.
Pihak Polis DiRaja Malaysia dah siapkan kertas siasatan dan dihantar ke Pejabat Pendakwa Raya serta Peguam Negara.
Sekarang tunggu Peguam Negara la pulak sama ada nak ambik tindakan terhadap laporan Polis yang sudah dibuat.
Nasihat Semut, Peguam Negara perlu ambik tindakan segera terhadap Mat Syabun. Jangan sampai insiden Bersih berulang lagi dimana tak de tindakan pun yang diambil.
Diaperlu ambik tindakan segera. Lagi pun, dia nak tunggu apa lagi? Takkan dia nak tunggu 'rating' PM merundum baru nak buat kerja kot?
Nazri Aziz pun jangan la buat - buat tak tau pulak. Jangan setakat cakap je pandai. Tapi bila suruh buat, dia bagi alasan yang bukan - bukan!!!
KLANG, 11 Sept ─ Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata terpulang kepada Peguam Negara untuk mengambil sebarang tindakan terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung kenyataannya menyentuh tragedi Bukit Kepong.Beliau (gambar) berkata kes Mohamad banyak berkisar kepada undang-undang dan oleh itu hanya Peguam Negara yang dapat menentukan bentuk tindakan terhadap beliau.“Saya tak boleh cakap lebih dari itu, nanti orang tuduh kita menyuruh dan mengarah Peguam Negara.“Kalau perkara ini berkisar kepada undang-undang negara, maka pihak yang menentukan pendakwaan itu dilaksanakan di mahkamah ialah Peguam Negara,” katanya dipetik Bernama Online.Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob, dilaporkan berkata polis telah menyiapkan kertas siasatan terhadap Mohamad dan dihantar ke Bukit Aman untuk diteliti dan akan dirujuk kepada Pejabat Pendakwa Raya dalam tempoh terdekat.Hishammuddin bagaimanapun berkata kenyataan Mohamad tidak mengancam keselamatan negara dan oleh itu bukan satu opsyen untuk menyiasat beliau di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.