Ahad, September 11, 2011


Apa yang nak dinafikan lagi kalau dah diorang sendiri yang mengesahkannya. Menteri Besar Kelantan tu memang dah terlalu tua!!!

Itu hakikatnya. Kenapa dia masih lagi tak sedarkan diri? Orang lain semua dah pencen, dia je belum lagi. Takkan dia nak jadi Menteri Besar sampai ajal memanggil dia kot?

Bak kata blogger Pro Pembangkang ni, Menteri Besar Kelantan tu sepatutnya tak payah dah nak bertanding dalam Pilihan Raya yang akan datang.

KUALA LUMPUR 10 Sept. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) terus diminta supaya berundur dan tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.
Sebaliknya, Menteri Besar Kelantan itu disaran supaya menumpukan sepenuh perhatiannya kepada siri ceramah dan kempen pakatan pembangkang.
Menariknya saranan itu disuarakan penulis blog propembangkang, Wan Ji Wan Hussin kerana katanya, sudah tiba masanya tugas Menteri Besar Kelantan diserahkan kepada ulama muda.
"Nik Abdul Aziz terlalu tua. Jika kita berbual dengan tuan guru, kita akan dapat lihat bahawa tangan tuan guru pun sudah gementar. Inikan pula ingin fokus pada kerusi yang dia bertanding.
"Pada aku, dalam keadaan ini, kita perlu mengambil manfaat yang lebih besar berbanding manfaat yang kurang besar. Nik Abdul Aziz mempunyai aura yang melebih (Datuk Seri) Anwar Ibrahim.
"Beliau hadir dalam satu program, orang sudah berpuas hati dengan sekadar melihat wajahnya walaupun beliau tidak menyampaikan sebarang ucapan," kata Wan Ji. 
Dia sepatutnya dah pencen sebab usia dia dah semakin lanjut. Jadi untuk apa lagi dia nak gilakan kuasa ni semua?

Bukan niat Semut nak membalun Nik Aziz ni. Tapi dia kena sedar dengan keadaan diri dia serta keadaan semasa. Orang dah tak perlukan dia dah sekarang ni.

Lagi pun, apa alasan dia untuk terus berkuasa di Kelantan? Nak kata dia masih GAGAL membawa Pembangunan ke Kelantan?

Kalau dia dah rasa gagal, baik berenti je. Buat apa lagi nak diteruskan. Apa, dah tak de orang ke dalam PAS tu yang layak untuk gantikan tempat dia kelak?

Kalau betul la dia rasa tak de orang yang layak gantikan tempat dia, memang betul la kata orang. Parti PAS ni sebenarnya HamPAS belaka!!!

Ps: Kita tak boleh tolak kemungkinan bahawa penulis blog tu adalah diantara pauk - puak yang kuat menyokong Anugay. 

Sebab mungkin, bagi Si Ketua Penipu tu, Nik Aziz dah tak relevan dan tidak boleh dipergunakan lagi dimasa akan datang memandangkan aura Nik Aziz lebih dari dia. 

Nak pulak sejak adanya Mat Syabun ni. Lagi mudah kerja dia nak memperalatkan Mat Syabun tu daripada Nik Aziz. 

Dan kita jugak boleh agak, blogger tu pun dipergunakan oleh individu tertentu dalam PAS yang muak dengan Mursyidul Am PAS ni. Maklum la, orang PAS nikan suka main tikam belakang!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Bro

    Wa hilang handphone number lu. Tolong sms wa. - Mao

    BalasPadam
  2. Jawatan MB yang dipeggang oleh pemimpin PAS adalah jawatan seumur hidup. Jangan lawan.

    BalasPadam
  3. mana boleh meninggal semasa menjadi bekas mb? tak glamer la wei!!!!

    kalau boleh n.aziz ni mahu dijulang sbg mb & murshidol sampai ke dunia sebelah sana!!! nama, pangkat, gelaran, kedudukan menjadikan dia lupa hidup manusia ni ada hadnya!!

    manusia ni, kalau dah tua, urat & tulang semakin lemah. fikiran pun semakin nyanyuk, kelmarin cakap lain, hari ni cakap lain, esok lusa tulat cakap lain...nak bergerak lajupun dah tak mampu, apa lagi nak memimpin orang lain. sekarang, dia sendiri yg perlu dipimpin!

    kan pengikut sendiri dah sound tu? moleklah bawak diri, jgn sampai esok2 ditolak ke tepi...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping