Oooo... Baru la Semut faham kenapa Si Biawak Guan Eng ni muka masam mencuka je bila dia duduk dalam Majlis Jamuan Aidil Fitri baru - baru ni.
Kalau Semut baca laporan kat bawah ni pun, Semut sendiri akan termenung panjang. Mau taknya. Bukan seringgit dua dia kena. Tapi RM30 JUTA!!! Banyak tu!!!
Macam - macam benda boleh buat dengan RM30 juta tu. Mana dia nak cekau duit? Sedangkan isu pasal kos perubatan Mat Syabun hari tu pun tak selesai lagi.
Dah timbul isu lain. Ni semua pasal Mat Syabun tu jugak la. Mengajar Si Biawak ni cakap tak guna otak kot. Lagi pun, otak dia sendiri letak kat kepala lutut.
Itu la. Siapa suruh dia banyak sangat menganiaya orang lemah. Sekarang dah kena pada batang hidung sendiri. Baru Padan Muka Dia!!!
GEORGE TOWN 13 Sept. - Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang menghantar notis tuntutan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerana membuat tohmahan dan fitnah terhadap UMNO bertujuan mencemar nama baik dan kredibiliti UMNO sebagai sebuah parti politik orang Melayu.Pengerusinya, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, notis tuntutan itu meminta Guan Eng tempoh tujuh hari mulai esok untuk memohon maaf secara terbuka dan memberi jawapan kenapa beliau membuat fitnah kepada UMNO.Katanya, jika Guan Eng gagal berbuat demikian, UMNO akan memfailkan saman malu di mahkamah sivil sebagai tindakan susulan.Beliau memberitahu pemberita di sini hari ini, UMNO Pulau Pinang telah melantik Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos daripada Jahaberdeen & Co. sebagai peguam mengendalikan kes saman malu ini dan membuat tuntutan sebanyak RM30 juta."Sekiranya menang wang ini kita akan gunakan untuk rakyat negeri ini, bantu orang miskin, anak-anak yatim, ibu tunggal dan mereka yang memerlukan,” katanya. - Bernama
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.