Selasa, September 13, 2011


Huh!!! Tak heran la kalau Si Khalid Gagap ni bercawat ekor melarikan diri tatkala isu penyelewengan Selangor dibangkitkan.

Kalau dia nak jawab pun, dia tak tau apa. Bercakap pun tergagap - gagap. Maka sebab itu la dia pergi 'bercuti' ke Jerman bersama - sama dengan Si Ketua Penipu tu.

Bukan setakat satu dua dakwaan berkenaan penyelewengan yang telah dilakukan. Tapi 23 KES!!! Bukan sikit tu. BANYAK!!! Dibawah ni adalah diantara dakwaan yang didedahkan:

AIDCNews – 13/09/11 – Blog Gerakan Anti-PKR (GAP) hari ini membongkar 23 penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh parti PKR dan dinasihati oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Penyelewengan yang berlaku dalam Yayasan Selangor itu adalah seperti berikut :
1. Perlantikan Pengurus Besar
a.      Jumlah permohonan 42 permohonan
b.      Senarai layak hanya 8 calon
c.       Tarikh temuduga pada 22/2/2010
d.      Panel temuduga Pegawai Kewangan Negeri dan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan.
e.      Keputusan Panel- En Razali Tumirin ( Calon Utama) dan YM Raja Razman Shah
f.        Perlantikan Pengurus Besar tidak menepati keputusan panel.Calon utama panel lebih sesuai kerana telah dinilai kebolehan,kepakaran dan kelayakan oleh panel yang dilantik oleh kerajaan negeri.
2.  Perlantikan Pengurus Kewangan
(kemudian jawatan di naikkan kepada Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan)
a.      Perlantikan jawatan ini menepati keputusan panel tetapiterdapat Notis Kebangkrapan yang tidak dimaklumkan oleh calon pilihan utama. Melindungi maklumat demi kepentingan diri adalah satu kesalahan bagi penjawat kerajaan.

3.   Cuti Berganti Semasa Dalam Siasatan
a.      Arahan cuti bergaji telah dikeluarkan (Rujuk lampiran) oleh Pengurus Besar kepada seorang Pegawai Kontrak . Mengikut syarat-syarat tawaran perhidmatan kontrak tiada terma atau syarat cuti bergaji penuh. Pengurusan YS tidak merujuk kepada Ahli Lembaga Pengarah dalam isu tatatertib pegawai tertinggi.

4.   Sagu Hati Faedah Persaraan 
a.      Sepanjang 2010, 18 orang kakitangan telah meletak jawatan. Ada diantaranya telah berkhidmat sehingga 18 tahun. Malangnya tiada pembayaran saguhati kepada kakitangan walaupun terdapat Skim Perkhidmatan Yayasan Selangor Fasal 5 Faedah Persaraan ( 5.1.4) Berhenti Kerja. Pengurusan YS mengubah peraturan tanpa mendapat persetujuan Ahli Lembaga dalam menjaga kebajikan kakitangan.
5.      Pertukaran Kakitangan
a.      Bermula Mac 2010 seramai 50 pegawai dan kakitangan telah ditukarkan seperti dibawah:
 I. Jusa – 1 orang
II. Gred 41-48 – 25 orang
III. Gred 17-27 – 19 orang
IV. Gred 1-3 – 5 orang.
Penempatan seharusnya tepat dengan kemahiran dan sesuai dengan skim perkhidmatan yang ditawarkan semasa kakitangan dilantik. Pertukaran seramai 50 orang dan perletakan jawatan seramai 18 orang kakitangan pada 2010 menunjukkan bahawa sedang berlaku satu proses yang akan melumpuhkan kreativiti dan kecemerlangan kakitangan Yayasan Selangor. - Selanjutnya, Klik Sini.
Ps: Balik dia dari Jerman nanti, dah tentu makan kari dia nak jawab satu persatu dakwaan yang telah dibuat. Kalau tidak, memang sah la diorang ada Pakatan menyeleweng duit rakyat ni.

Sampai hari ni, isu DUMC pun masih tak selesai - selesai lagi. Nampak sangat dia sengaja melarikan diri daripada isu tersebut.

Apa, dia ingat orang akan lupa ke dengan isu tersebut? Ini bukan isu Politik brader. Ini isu soal akidah umat Islam. Dia ingat isu ni kecik ke? Kepala Tengkorak Dia La!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping